Penghinaan Ke Atas Baginda Rasullullah-Apakah Tindakan Kita

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 16, 2012
Firman Allah SWT di dalam surah baqarah ayat 120:-

"
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Al-Baqarah 2:120)


Dua tiga hari lepas ada perkara yang menimbulkan perasaan marah terhadap manusia. Iaitu penerbitan satu filem menghina Baginda Rasullullah SAW.Filem itu jelas memburukkan nama baik Baginda Rasullullah SAW. Sumber berkata, filem itu di taja oleh yahudi yang mendapat sokongan beberapa NGO yahudi.

Selepas tersebarkan video trailer filem ini, seluruh umat Islam dunia menzahirkan kemarahan mereka terhadap orang-orang amerika itu tersendiri. Contohnya dekat negara Libya seorang rakyat amerika terkorban akibat filem itu sendiri.

Nampaknya jarum 'fitnah filem' itu telah di tonjolkan oleh orang Islam itu tersendiri, berlainan di benua Eropah.Beberapa NGO/orang persendirian melakukan alternatif , memberi tafsir quran(kalau tak silap naim) kepada bukan islam untuk menjernihkan 'air muka' Islam yang telah tercalar akibat filem itu.

Berlainan di Malaysia,bantahan ia sama rata tak kira kepartian mereka menzahirkan diri apabila tubuh baginda di caci seperti itu. Semoga azab Allah terus diberi kepada mereka itu.

Kita tak boleh menangkis semua serangan orang barat dengan peluru atau bom, tetapi perang cyber adalah satu jihad kepada diri kita. Kerana dunia internet lebih cepat daripada segala-galanya. bayangkan  evolusi mesir yang disebarkan kerna facebook dan twitter sahaja. Bangunlah umat islam sekrang. Kerana Allah berjanjikan kepada kita:-


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Muhammad 47:7)


Akhir kalam, semoga janji-janji Allah akan kita kecapi dengan jayanya.Insya Allah. takbir! Allahu akbar

Wallahualam 
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. kita boleh bangkit, tapi biarlah ikut cara2 islam kerana bukan keganasan..

    BalasPadam
  2. GREAT publish and impressive in turn …will bear a try all the tips..Thanks……

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS