Bercakap Kasar Kepada Ulama

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 20, 2013
Melihat situasi yang berlaku di Malaysia sekarang,ramai orang di malaysia berkata-kata terhadap ulama.Kekadang mereka menganggap ulama seperti kawan di dalam senarai kawan mereka. Tetapi ingat ulama adalah orang yang arif tentang agama. Saban hari kita melihat sama ada di facebook, twitter, blog, kaca televisyen , radio tak pun di dada akhbar. Mereka sangat benci kepada ulama sehingga menulis  perkara buruk terhadap ulama

Sehingga sanggup menulis di dalam satu akhbar , ulama pernah berzina. Allahu akbar, apa nak jadi dengan Malaysia .Mengapa hina sangat ulama di hina seperti itu?

Ingatlah:-

 sumber:http://pemudattbc.blogspot.com/2013/01/daging-ulama-adalah-beracun.html

Berkata al-Imam al-Hafiz Abu al-Qasim Ibn Syakir:

Ketahuilah saudaraku! Mudah-mudahan Allah memberikan taufik kepada aku dan kamu untuk mendapat redhaNya serta menjadikan kita orang yang sentiasa takut dan takwa kepadaNya dengan sebenar-benar ketakwaan. Sesungguhnya daging para ulama adalah beracun dan kebiasaannya telah dimaklumi bahawa Allah akan membinasakan orang yang menghina ulama. Sesungguhnya sesiapa yang menggunakan lidahnya dengan mencela / menfitnah para ulama maka Allah akan menurunkan bala kepadanya, iaitu sebelum matinya maka hatinya telah mati terlebih dahulu.


Wallahulam..
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS