pengikut pemudattbc

Jumaat, 18 Januari 2013

Daging Ulama Adalah Beracun

Semalam tengok 30 minit Ustaz Don di tv hijrah.kisah abrahah yang ingin musnahkan Kaabah. Namun gajah abrahah sedikit pon begerak ke hadapan namun  berundur ke belakang. Kerana Gajah juga makhluk kepada Allah juga. Rasanya kita semua sedia tahu cerita ini. Kisah Abrahah sudah tercatat di dalam kalam allah, iaitu surah Al-fiil. http://www.surah.my/105

Pada akhir slot itu, Ustaz Don berbicara tentang ulama iaitu salah satu ulama berkata :-


Berkata al-Imam al-Hafiz Abu al-Qasim Ibn Syakir:

Ketahuilah saudaraku! Mudah-mudahan Allah memberikan taufik kepada aku dan kamu untuk mendapat redhaNya serta menjadikan kita orang yang sentiasa takut dan takwa kepadaNya dengan sebenar-benar ketakwaan. Sesungguhnya daging para ulama adalah beracun dan kebiasaannya telah dimaklumi bahawa Allah akan membinasakan orang yang menghina ulama. Sesungguhnya sesiapa yang menggunakan lidahnya dengan mencela / menfitnah para ulama maka Allah akan menurunkan bala kepadanya, iaitu sebelum matinya maka hatinya telah mati terlebih dahulu.



Kita lihat di dalam muka bumi Malaysia, banyak suara-suara yang lantang menghina para ulama sehingga ulama 'bersabar' dengan karenah mereka. Walhal mereka seperti binatang yang terlepas daripada kandang, sebab? begitu lantang bersuara tanpa merasa hormat kepada para ulama.

Kesian!!



Semoga kita bermuasabah diri..

0 comments:

Entry Paling Best

--------------