[Salam Maulidur Rasul]Orang Kita Cintai

in , , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 25, 2013
Belum terlambat Naim mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua yang sudi membaca blog Naim ini.Cintai lah Rasullullah melebihi segalanya. Kerana Nabi Muhammad rahmat sekalian alam. 



Naim nak nak berkongsi satu hadis kepada semua 

Dari Anas bin Malik r.a dia berkata:

“Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim)



Oleh itu, mari kita tanamkan di dalam hati kita untuk menyintai Rasullullah daripada segala-galanya. Kerana Nabi Muhammad adalah idola paling bagus di dalam dunia ini.Jangan kita zahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad hanya pada bibir sahaja. Zahirkan kepada di dalam hati jua. Insya Allah. Akhir kalam , dengarlah qasidah  Assalamualaik.

 

SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS