Siapa tak kenal dengan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat , beliau seorang Menteri Besar Kelantan sudah 20 tahun mentadbir negeri Kelantan Darul Naim. Selama pentadbiran tok guru tak senyap dengan pelbagai fitnah terhadap tok guru ,Berita hari ini mengutarakan seorang pendikir barat mati selepas menyanyi dikir fitnah tok guru Nik Aziz. Tetapi akhlak seorang ulama datang ziarah dan mengimamkan solat jenazah itu.
Berita penuh di bawah:-
-----------------------------------------
TUMPAT: Keluarga allahyarham pendikir barat Zaidi
Buluh Perindu atau nama sebenarnya, Zaidi Mohammad, 44, melahirkan rasa
terharu di atas kesudian Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat hadir untuk mengimamkan solat jenazah.
Isterinya, Zaharina Mohammad, 47, ketika ditemui melahirkan rasa
syukur dalam nada sebak sebaik sahaja melihat Tuan Guru mengimami solat
jenazah di kediaman arwah di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu dekat sini.
“Terima kasih banyak-banyak, syukur kerana Tuan Guru sudi datang,” ujarnya dengan nada sebak.
Zaharina turut mengakui Zaidi jatuh pengsan ketika membuat
persembahan pada satu program di Pengkalan Kubor kira-kira jam 11.00
pagi tadi.
Jelasnya, arwah suaminya tiba-tiba jatuh dan pengsan serta disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Tumpat.
Tuan Guru mengimamkan solat jenazah tepat jam 5.15 petang. Beliau
meminta menghubungi pihak keluarga allahyarham untuk menziarahi sebaik
sahaja dimaklumkan berhubung kematiannya.
Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak.
Ketua Kumpulan Ar-Rasy, Ausri Hussin mengucapkan takziah di atas kematian allahyarham.
Beliau menyifatkan kematian Zaidi begitu sukar dicari ganti.
“Suaranya begitu lunak, hingga berkesan pada siapa yang mendengarnya,” ujarnya.
Sementara itu rakan yang sering berganding sewaktu persembahan dengan
allahyarham, Mat Glamour atau nama sebenarnya Ahmad Awang Ahmad, 53,
tidak menafikan beliau begitu terasa kehilangan Zaidi.
Menurutnya, selama 15 tahun beliau aktif bersama.
“Allahyarham bukan hanya sebagai rakan seperjuangan tetapi juga
seorang sahabat yang baik, saya memang terasa kehilangannya,” ujarnya.
Turut menziarahi keluarga allahyarham, Timbalan Speaker Dun, Mohd
Zaki Ibrahim, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah,
Ketua Penerangan PAS Tumpat, Mohd Nawi Adam, bekas anggota Parlimen
Tanah Merah, Mohd Saupi Daud, serta lain-lain pimpinan PAS.
Turut menziarahi rakan-rakan artis dikir barat yang lain, Man Khan, Fendi Kenali, Jen KL dan lain-lain termasuk anggota Ar Rasy.
sumber:-http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17103-keluarga-zaidi-terharu-mb-imam-solat-jenazah
Al-fatihah dan takziah kepada keluarga arwah.
Al-Fatihah. Mulia sungguh hati Tok Guru kita :)
BalasPadam