Adakah semua manusia setiap waktu akan merasai gembira apa yang kita cintai. Bukan semua manusia ada perasaan itu.Setiap manusia ada perasaan suka dan cintai terhadap kebendaan, harta, manusia dan apa sahaja yang ada rasa cinta itu di zahirkan.
Anak muda itu terus berjalan dan duduk pondok dekat dengan tali air dan mengeluarkan ipad dan terbaca satu hadis yang menjadi pemangkin semangat beliau. Hadis itu
"
Dari Anas bin Malik r.a dia berkata:
“Ada
seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan
berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau
persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan
banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan
RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang
kamu cintai.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim)
Lalu beliau memandang seribu pertanyaan kepada diri sendiri siapakah yang dia cintai sama di dunia sehingga di akhirat kelak.Ada manusia suka mengagungkan artis-artis sama ada di luar negara atau di dalam negara.Sanggup beratur panjang dan datang awal tempat itu seawal enam pagi. Tak tahu solat sudah di tunaikan,tetapi kita bersangka baik dengan mereka.Kita kembali di anugerah -anugerah artis makin ramai manusia di situ. Dengan artis-artis dan 'kembali jahiliah' pemakaian seperti yahudi dan nasrani bagai. Mereka islam pada kad pengenalan sahaja.
Tak kurang yang cerdik pandai kekadang kurang arif tentang agama lalu mengeluarkan 'fatwa' yang sesat dan menyebarkan 'dakyah' songsang untuk menarik kemenangan 'palsu' demi memuaskan nafsu dan meraih harta rakyat.
Lalu pemuda itu melihat gambar di dalam ipad itu, dan terukir senyuman kegembiraan
Akhir ini, ramai anak muda sudah bersama para alim ulama. kerana ulama itu pewaris nabi. didalam itu Ustaz Zainol Asri cakap tanda kemenangan Islam ramai anak muda bersama ulama dan perjuangan Islam. Allahu akbar!!
Sayup-sayup azan telah berkemundang, maghrib sudah masuk, lalu pemuda itu bangun dan pulang ke rumah.
# Semoga Islam menang di PRU-13. :)
Wallahualam.
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: