Politeknik 'tersilap' larang pelajar kempen PRU13

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 14, 2013
Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi telah menarik balik surat yang dihantar kepada 32 politeknik di seluruh negara yang melarang pelajarnya berkempen dalam pilihan raya umum akan datang.
Seorang pegawai kanan jabatan berkenaan mengakui kesilapan pihaknya kerana tidak menyedari tentang pindaan terhadap seksyen 10(1) subseksyen 2(c), Akta 174 tahun 2012 yang kini membenarkan pelajar berpolitik tetapi melarang berkempen dalam kampus.
"Betul, surat itu diedarkan tetapi menggunakan (peruntukan) akta yang lama. Ia memang silap saya. Saya tidak alert (menyedari) dengan perubahan itu. Surat baru, sudah edar pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Surat tersebut tersebar secara meluas di laman sosial facebook dan mmengundang kritikan warga internet.
Pegawai yang namanya enggan disiarkan menjelaskan bahawa arahan terbaru telah dikeluarkan hari ini, yang membenarkan pelajar berpolitik tetapi tidak boleh terlibat dalam ativiti parti politik dalam kampus.
Dalam surat terbaru itu, semua pengarah politeknik diarahkan supaya memantau aktiviti pelajar mereka di dalam kampus agar tidak berlaku perkara-perkara yang melanggar Akta 174 itu.
Mereka juga diminta supaya memastikan supaya logo atau bendera politeknik dan kementerian tidak digunakan dalam sebarang aktiviti kempen oleh pelajar di luar kampus.


sumber:http://www.malaysiakini.com/news/223881

Komen:

Bagus juga ia di tarik kembali. Kempen tetap kempen akan di lakukan.. Kuasa Mahasiswa~

Wallahualam 


SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS