Pengalaman ku Pengundi PRU13 Part 2[akhir]

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 19, 2013
Pagi 6 Mei sangat tenang awalnya, tetapi jiwa aku tak tenang. Mesej daripada kawan aku yang semalam, baru ku balas .Banyak tak menyangka Kedah boleh tumbang kepada BN. Sekitar pukul 11 ,aku pergi minum bersama-sama kawan aku di kedai kepala batas, bersembang KENAPA Pakatan Rakyat kedah boleh tumbang.Kawan aku bercerita  pada malam 5 Mei beliau pergi Alor Star untuk melihat suasana malam , dikatakan hampir 98% kenderaan membawa bendera Pas ,PKR dan DAP. 

Boleh dikatakan, Insya Allah Kedah Kekal di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat untuk sepenggal lagi.Pepatah melayu cakap jangan di sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Begitulah keadaan negeri Kedah.Sedang rancak bersembang , lalu seorang pakcik memegang bahu aku.

"Bagus anak muda sembang pasal negara"- Sapa pakcik itu.

Kami toleh melihat beliau dan mengukir senyuman. Lalu kawan aku berkata,

"Tak sangka Kedah boleh kalah, kalau tak penyalahan kuasa dan blackout PR dah boleh menang di Kedah. Sembang kami dengan pakcik berlarutan di hampir 10-20 minit. Pakcik ini bertanya Parlimen Pendang, Baling, Adun pula Ustaz Yahya . Sebelum pakcik beredar, aku bertanya

"Pakcik dok mana, mai pala bataih mai makan ka?"-Bingkas aku bertanya


"Saya dok jerlun,mai singgah makan di sini,baru balik dari Hospital amik ubat sedikit"-Jawab pakcik itu.

Selepas itu beliau pulang, dan kami pun sama beredar pulang ke rumah.Hati aku masih tak tenteram.Setelah sampai rumah,aku segera dapatkan laptop aku untuk mendapat info terbaru.Hampir 80%(anggaran kasar aku) menyatakan pilihanraya umum kali ini paling teruk dalam sejarah. Dengan bangla, blackout . undi dari tempat lain di hantar ke kawasan untuk memenangkan Barisan Nasional.


Petang di kampung rumah, Awan mendung berarak ke sana-sini lalu mencurahkan hujan yang sangat lebat. Adakah petanda turun bersedih dengan kekalahan di Kedah?

                                             **Tamat** 

 Ada banyak cerita kesedihan aku,yang ingin ku nukilan dalaatm entri ini. Pada hari selesa atau rabu, aku dapat berita yang di katakna Ustaz Azizan koma dimasukkan di Hospital Pulau Pinang..



Buat anak-anak muda mari dengar amanah daripada Tuan Guru Abdul Hadi Awang
http://youtu.be/0z4x76Yn-vs?t=4m 

Semoga manfaat. Dan akhir sekali mari kita bermuasabah diri kenapa Allah tak beri kemenangan kepada kita pada pru13 terutama di negeri Kedah Darul Aman. Jom dengan sedikit tazkirah daripada  Ustaz Zainul Asri Hj Ramli.

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS