Perjalanan Akhir Seorang Ustaz

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 29, 2013
Siapa tak kenal Ustaz Azizan Razak yang pernah mentadbir Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 2008 hingga 2012. Ustaz seorang yang tegas  di dalam membuat keputusan  sama ada pentadbiran mahupun di dalam parti. Sejak menerima berita kematian Ustaz Azizan, Naim sebak di dada. Pada waktu itu baru habis kelas dah menerima mesej daripada kakak naim yang memberitahu Ustaz sudah tiada. Pada yang sama sahabat juga memberitahu khabar yang sama. Kerana sifat ingin tahu, Naim terus online facebook dengan khidmat phone 'cap ayam'.

Setelah log in, terus 'check' di wall sama ada 'orang kuat' Pas dan beberapa sahabat-sahabat pro Pas. Berita yang sama mengkhabarkan Ustaz telah pergi tak kembali. Hati aku menjadi sebak apabila berita itu menusuk kalbu aku yang tak pernah  berjumpa secara peribadi. Tetapi susuk tubuh seorang Ustaz , aku hormati selama aku menjadi rakyat negeri Kedah Darul Aman.

Sejak PRU 13 lagi, Ustaz sudah tak berapa nak sihat. Semasa hari pengundian pun di dalam keadaan kurang sihat. Ustaz gagah diri untuk melawat tempat-tempat pengundian. Takdir Allah SWT dan ujian kepada Pakatan Rakyat , Akhir PR kalah di negeri Kedah. Beberapa hari selepas itu, Ustaz Azizan di masukkan di hospital.. (Semua tahu hal ini)

Sebelum akhir. Hayati video di bawah ini:-



Semoga aman di sana. Insha Allah.

Wallahualam.
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS