Perjalanan Musafir Aku Part 1

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 29, 2013
Pada minggu lepas bertarikh 19/9/2013 , Naim bermusafir ke ibu kota negara Malaysia  kerana satu lawatan belajar tempat belajar Naim iaitu politeknik(polimas) berkenaan khusus yang naim belajar.

Bukan naim nak cerita tentang lawatan itu tetapi  cara manusia yang berkelana di ibu kota negara Malaysia ini. Bagi sang musafir seperti Naim  kekadang ia benda baru atau di kenali sebagai 'kejutan budaya' lebih dekat pada sang musafir ini.

Seperti lagu nasyid Nowseeheart  Berjalan melihat jalan. Begitu juga dengan Naim. Banyak perbedaan di ibu kota ini. Pada waktu pagi sahaja. Orang berpusu-pusu untuk pergi tempat bekerja. Jika pergi kerja naik kereta pasti  terperangkap di dalam  jalan raya , jika dengan motorsikal boleh menyelit di lorong-lorong kecil. 

Pada waktu zohor, Kami pergi ke Masjid Putrajaya(seperti gambar di atas) untuk menunaikan solat Jamak dan Qasar.Pabila sampai dan menurun daripada bas . Pada waktu itu azan berkemundang menandakan telah masuk waktu zohor. Pada waktu yang sama orang berpusu-pusu masuk ke masjid sama ada orang bekerja , orang awam, pelancong mahupun pelajar sekolah. Untuk berjemaah solat Zohor. Semoga ibadat kita di terima oleh Allah . Insha Allah.

Bukan itu matlamat naim nak kongsi ini sahaja. Ada beberapa point nak nak bercerita. Teruskan membaca. Sebab nak menulis ini kena lebih 'ruh' untuk menulis takut ia tak memberi kesan kepada pembaca. hehe. 

Baik, kita sambung kembali, selepas turun dari bas naim bersama 5 orang sahabat yang lain masuk dalam masjid putrjaya
ihsan google
 
Terus mencari tempat wuduk.Seingat naim pernah datang masjid putrjaya semasa usia sekolah rendah rombongan kampung. Semasa dulu datang masjid putrjaya masih di dalam pembinaan sekarang tersergam indah. Subbna Allah.Indah ciptaan Allah

Setelah selepas solat Jamak dan Qasar , Naim dan sahabat terus keluar daripda masjid dan melihat  gelagat pelancong asing terutama bangsa asab. Kerana mereka datang kesini adakah hanya mengambil gambar. Kerana cara pemakaian mereka tak melambang diri mereka. Jangan kita fikir semua bangsa Arab 100% muslim ada mereka menganut agama kristian. Ada satu keluarga Arab mereka berpakaian seperti ala-ala Barat, yang suami dan anak-anak lelaki berpakaian berkameja dan berkod,  dan isteri hanya berselendang di atas kepala dan anak perempuan 'free hair' 

Adakah masjid menjadi tempat orang berbangga dengan masjid?

Ada satu hadis 40 kalau tak silap naim, 


"Dari Anas bin Malik Ra. bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak terjadi hari qiamat sehingga umatku bermegah-megahan dengan bangunan masjid." (HR. Abu Daud)"

Ada pelancong daripada negeri China, Naim tak mahu nak ulas panjang. Ia tak memberi kesan kepada kita. Lagi lebih parah ada satu pasangan arab sang suami berpakaian t-shirt dan berseluar pendek manakala isteri berjubah dan berniqab. 

Naim monolog  sendiri

1) Jangan terus membangga bangsa arab kerana terdapat kekurangan kepada mereka.

2) Hadir mereka ke negara Islam lain dan terus meninggalkan 'adat' mereka dan memasang 'pakaian arab' demi menutup keislamik  mereka

Berakhir di sini plot di masjd.

 Cerita ini tak berhenti di sahaja . Ia sedikit lagi yang Naim nak cerita. Untuk menjimat masa ruang untuk menulis. Naim akan terus plot kedua.

Selepas solat Zohor dan makan.Kami bergerak ke mall berdekatan di situ Alamanda Mall Putrajaya, biasa perkara shopping ini adalah perkara rapat kepada  kaum wanita. Pabila sampai di situ kami berpecah lelaki bawa haluan sendiri  manakala perempuan membawa haluan sendiri. Kami berpusing-pusing di dalam mall itu. Biasa la tak pernah masuk situ.Melihat gelagat orang melayu dengan pasangan mereka yang memakai pakaian ketat apa lagi sendat. Sakit mata nak memandang  , Fesyen barat terus di agungkan  Itu yang berada di ibu kota negara.

Berakhir Part 1 , Part 2 akan hadir dan kesimpulan  yang ringkas merumuskan permasalah ini. Oleh itu mari kita berfikir sekejap jika kita seorang ada iman di dada. Apakah kita akan mengamalkan budaya barat sebuah negara majoriti umat Islam. Adakah salah diri sendiri, ibu bapa, masyarakat, menteri, mahupun  parti?  Fikirlah...

Sebelum menutup entri ini, mari dengar lagu ini :-



Wallahualam

 
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS