pengikut pemudattbc

Ahad, 8 September 2013

[Syria] Berita Terkini Syria



Damsyik, Syria

Admin pening. Banyak laporan dan operasi mujahiddin kita. Mereka tidak kenal penat. Kadang-kadang admin terfikir bagaimana mereka terlalu pantas bergerak. Boleh dikatakan hampir kesemua kawasan rejim, Hizbullah dan shabeeha di seluruh Syria kena serang dengan mujahiddin.

Admin ingin menyiapkan kisah pembebasan Khanasser, kemudian muncul pula berita operasi di Qalamoon, kemudian operasi di al-Safeera, Aleppo, kemudian di Hasaqah, Latakia masih berjalan seperti biasa. Negeri Dara'a pula, ada kawasan baru yang berjaya dibebaskan. Begitu juga di Deir az-Zour dan di Al-Raqqah. Paling menarik ialah kisah di sebuah lapangan terbang tentera. Admin tak pasti samada di al-Raqqah atau di Deir az-Zour. Di dalam lapangan terbang tentera ini, tentera rejim berperang sesama mereka. Mereka terbahagi kepada 2 puak. Sebahagian masih setia bersama Bashar laknatullah dan sebahagian kumpulan lagi ingin menyertai mujahiddin.

Di bawah adalah peta selatan Damsyik. Bulatan merah adalah kawasan syiah. Sayyida Zainab adalah kawasan terletaknya Maqam Saiyida Zainab. Di sini mereka mempunyai masjid berkubah emas tempat mereka meneruskan upacara khurafat mereka.

Berita terbaru Briged al-Hassan wal Hussin menyerang kawasan Sidi Miqdad yang terletak di Babbila. Mujahiddin meyerang markas Hizbusyaitan. Ramai yang telah menjadi bangkai. (kurang dari 10 anggota), dan belasan telah cedera.



sumber fb:

1 comments:

LadyBird berkata... [Reply to comment]

ya Alla, bantulah mereka.. ameeennn..

Entry Paling Best

--------------