in Muasabah diri, by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 16, 2013
Gambar Hiasan
Ada
seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu
miskin dengan 2 anak. Satu malam tiba-tiba mati lampu, dgn bantuan
cahaya handphone dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yg
mengetuk pintu, ternyata anak miskin sebelah rumah.
Anak itu bertanya dengan risau : "Kakak, ada lilin tak?" Gadis itu berfikir : JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, "TIDAK ADA!!".
Ketika itulah si anak miskin berkata riang: "Saya sudah duga kakak
tidak ada lilin. Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami bimbang
kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."
Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.
Janganlah kita mudah BERPRASANGKA, dan Kerana bergantung kepada berapa
banyak kita ADA, tetapi berapa banyak KITA BOLEH MEMBERI.
Allahuakbar
BalasPadamberlinang air mata membacanya
betul jangan buruk sangka
thanks atas cerita ini