Calon Pas N20 Sungai Limau

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 21, 2013
Pilihan Raya Kecil bagi kawasan Sungai Limau diadakan semula selepas kematian Adun Sungai Limau iaitu Allahyarham Ustaz Azizan.  Pilihan Raya Kecil ini akan memberi tentangan yang sengit oleh dua pihak iaitu Pas dan Barisan Nasional sendiri . Kerana kedua-dua parti meletak calon yang 'fresh' bukan lagi calon recycle seperti mana yang dikhabarkan oleh media sosial.

Alhamduillah calon Pas yang di umumkan tadi oleh Presiden Pas iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah Ustaz Azam Bin Samad.Berumur 38 tahun . Beliau merupakan Ketua Pemuda Pas bagi kawasan Jerai dan berkelulusan  Al Azhar Mesir. 


Semoga penduduk Sungai Limau akan terus memberi mandat kepada Pas agar suara rakyat dari penduduk Sungai Limau akan bergema Dewan Negeri. Kenanglah Jasa-Jasa Ustaz Azizan. Jangan khianati. Kepada anak-anak muda di perantau sana, pulanglah ke halaman kampung di dalam jajahan Sungai Limau untuk memberi sokongan yanga padu kepada calon Pas ini. Kepada cybertooper Pakatan Rakyat ayuh kita bersama-sama berkempen untuk calon Pas ini bermula hari ini sehingga  hari mengundi , Insha Allah. Kepada Allah kita sandarkan pengharapan untuk kemenangan. Takbir!! Allahu akbar

**Poster calon Pas :-

1)


Wallahualam
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS