pengikut pemudattbc

Isnin, 21 Oktober 2013

[Syria] STATUS SYRIA 5.0 From Faisal Hamdi



Kini kami kembali ke Aleppo semula selepas selesai misi Korban dan Aqiqah anjuran Malaysia Life Line for Syria di wilayah Idlib. Malamnya kawasan perumahan kami diserang lagi oleh sniper dan dibalas semula oleh machine gun .50 DSsK caliber oleh Mujahidin Katibah Usudl Islam. Alhamdulillah kami selamat.

Malam tadi saya berjaya dapatkan MUHAMMAD AL-SYAM/ABU YAZAN, NAIB AMIR AHRAR SYAM untuk ditemubual setelah beberapa kali mendesak Mujahidin yang mengiringi kami. Situasinya agak tegang kerana mereka berlainan fikrah dan yang akan ditemubual ini adalah HIGH RANK AHRAR SYAM.

Akhirnya AHRAR SYAM bersetuju selepas melalui beberapa TAPISAN dan hanya 2 orang sahaja dibenarkan menemui NAIB AHRAR SYAM dan yang kami berdua dibawa menaiki kenderaan Ahrar Syam sendiri. Agak mendebarkan kerana perjalanan ke PUSAT OPERASI AHRAR SYAM agak jauh dan kami dilarang mengambil apa-apa footage foto atau video sepanjang perjalanan atas sebab kerahsiaan.

Hanya DOA dan TAWAKAL yang mengiringi sepanjang perjalanan kerana saya tahu fikrah mereka ini agak keras berbanding Mujahidin lain.

Alhamdulillah, akhirnya temubual berjaya diadakan selepas melalui tapisan dari pihak media rasmi Ahrar Syam sendiri. Segala info berkaitan perbalahan dikalangan Mujahidin dan kes penculikan rakyat Malaysia Syawal lepas telah kami dapatkan dari sumber 1st hand sendiri.

Ini perjuangan saya.
Ini perjuangan Media.

-Faisal Hamdi
Mujahideen Media 


Sumber asli di sini :-Faisal Hamdi 

Wallahualam

2 comments:

Yumida Huda berkata... [Reply to comment]

ooo..naim ke sana erk...jauh tu

muhammad naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@Yumida Huda

Bukan naim.. tetapi bro Faisal yg ke sana. naim cuba paste sahaja kisah syria.. :)

Entry Paling Best

--------------