[PRK Sungai Limau N20]Pas Menang

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 05, 2013



PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti kira-kira 1,084 undi - merosot 1,690 undi daripada majoriti pada PRU13 lalu.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan.
Seramai 85.5 peratus (23,249) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

PAS mempertahankan kerusi tersebut bagi kali keenam berturut-turut. Pilihan raya kecil kali ini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak akibat komplikasi penyakit kencing manis.
Dalam PRU13, PAS mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 2,774 undi. Ketika itu Azizan memperolehi 13,294 undi untuk menewaskan tiga lagi calon termasuk dari BN yang mendapat 10,520 undi.
Ini bermakna undi PAS merosot 1,225 undi manakala undi BN bertambah sebanyak 465 undi.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata kemerosotan majoriti yang diperolehi calon parti itu adalah kerana pilihan raya kecil tersebut diadakan pada hari bekerja.
Ini menurutnya, menyebabkan hanya 2,300 daripada 3,600 pengundi luar yang balik mengundi hari ini.
Manakala Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata wanita di Sungai Limau menunjukkan minat dengan BN, "tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN). 

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/245774


Alhamduillah, syukur kepada Allah Pas berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau. Lihat statik undi di mana ada kemerosotan undi .Dan UPU(Unit Peti Undi) Bukit Besar penyumbang undi paling besar

  
Semoga next pru 14 kita akan merampas kembali negeri Kedah dan Malaysia daripada Barisan Nasional dan UMNO. Insha Allah~
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS