pengikut pemudattbc

Rabu, 13 November 2013

[Syria] Enam Pasukan Bersatu Bersama Menentang Hizbusyaitan

Alhamduillah, agar lama naim tak keluarkan berita tentang syria. Kerana ingin mengumpulkan berita-berita yang shahih dan benar kepada anda semua. Kerana kebanyakkan berita dari sana ada yang tidak benar dan berita semasa majoriti nya  propaganda. Insha Allah, mula hari ini dah akan datang naim akan update  berita daripada bumi Sham(syria) . Doakan naim ya.. :)






6 pasukan telah mengeluarkan kenyataan bersama di atas persetujuan mereka untuk melancarkan serangan balas terhadap Hizbusyaitan yang berada di Safeera.

Mereka bersetuju untuk bergerak bersama-sama, menghhantar anggota untuk mempertahankan Aleppo. Kenyataan ini juga memberi amaran kepada mana-mana pasukan yang didapati tidak menyumbang kepada pertahanan di Aleppo akan di bawa ke Mahkamah Syariah.

6 pasukan yang telah bersetuju ialah
- Ahrar al-Syam
- Liwa' al-Tauhid
- Jabhat al-Nusra
- Kataib Nuruddin al-Zinki
- Ansar al-Mahadi
- Tajamu' Fastaqim Kama Amrat

Kenyataan ini dikeluarkan kerana mereka melihat terdapat beberapa pasukan yang tidak menyumbang kepada pertahanan di Aleppo khususnya. Situasi di Safeera menunjukkan terdapat beberapa pasukan yang berundur, tidak menyertai pasukan lain untuk mempertahanan Aleppo dan tidak membantu pasukan-pasukan lain yang turut serta dalam offensive di Safeera. Kegagalan mereka mempertahankan pintu masuk ke Kota Aleppo dari Safeera menyebabkan Kolonen Abdul Jabbar meletak jawatan dari Military Council baru-baru ini.

sumber:-

 
follow facebook mereka di sini:-
 
Wallahualam.


 

0 comments:

Entry Paling Best

--------------