pengikut pemudattbc

Khamis, 14 November 2013

[Syria] Strategi Dan Taktik Dlm Pembebasan Depot Senjata Terbesar di Syria.



Keadaan menjadi semakin kritikal bagi tentera rejim, shabeeha dan Hizbusyaitan setelah mereka melihat kejatuhan Khanasser pintu masuk ke Aleppo jatuh ke tangan mujahiddin. Keadaan juga menjadi semakin parah setelah mereka melihat Sukhna dan Shoula yang menjadi pintu masuk rejim ke kota Deir az-Zour dan kota al-Raqqah jatuh ke tangan mujahiddin. Oleh itu konvoi dan reinforcement terus di hantar menuju ke arah Khanasser, Sukhna dan Shoula bagi merampas kembali kota berkenaan.


Melihat tentera rejim fokus kepada situasi di timur, dalam masa yang sama Komander Jabhat al-Nusra iaitu Abu Waleed melaksanakan serangan terancang sambil dibantu oleh Briged FSA Quwwat al-Mughaweer, Ahrar al-Syam, Jaish al-Islam, Katiba' al-Khudro, Suqoor al-Fath dan Ahl al-Athar.

1) Jabhat al-Nusra menyerang Battalion Hajana yang terletak di Hawarin

Melihat keadaan ini, tentera rejim yang berada di Depot Maheen segera menuju ke arah bandar Maheen bagi menghalang kemaraan mujahiddin yang ingin menuju ke Depot senjata milik mereka.

2) Sebaliknya, Jabhat al-Nusra tidak terus menyerang Maheen, tetapi terus menyerang bandar Sadad. (serangan syahid telah dilakukan)

Melihat Hawarin diserang, rejim sebenarnya telah menghantar saki-baki anggota mereka dari Homs dan Damsyik segera menuju ke Sadad kerana mereka berpendapat mujahiddin ingin membebaskan Sadad sebagai lorong mujahiddin untuk menuju ke arah bandar Homs dan Damsyik. Rejim bermatian-matian mempertahankan Sadad.

Dalam masa yang sama ISIS dan Kataib al-Khodro mempersiapkan defensive line di antara Sadad dan Maheen kerana matlamat mereka bukanlah ingin menyerang Sadad tetapi sengaja ingin melengah-lengahkan kemaraan tentera rejim dari Sadad yang ingin masuk ke Mahen. Setelah serangan dilakukan di Sadad, mujahidin berundur sedikit demi sedikit dan berkawal sepanjang jalan Sadad dan Maheen. Rejim pula menghadapi kesukaran untuk mara ke Maheen kerana laluan telah dirosakkan, dipenuhi bom dan dipenuhi dengan bunker.

4) Dalam masa yang sama Jaish al-Islam, Ahrar al-Syam, Suqoor al-Fath dan Ahl al-Athar menyerang bandar Maheen.

5) Dalam masa yang sama Briged FSA Quwwat al-Mughaweer yang datang dari arah belakang dari arah bukit masuk dan menyerang Depot Maheen.



sumber: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam II

0 comments:

Entry Paling Best

--------------