pengikut pemudattbc

Sabtu, 5 April 2014

Tembok Pemisah- Rakyat Malaysia Kurang Peka Masalah Umat Islam



Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. 49 :10


Malam ini di kampung , hujan renyai-renyai dan naim nak berkongsi kepada semua dan rasa perlu naim berkongsi satu perkara untuk malam ini . Dalam dunia sekarang ada pelbagai masalah yang timbul , malah negara Malaysia juga di landa masalah. Tetapi bukan malam ini naim berkongsi tentang masalah di dalam negara tetapi luar negara yang sama akidah iaitu negara Syria, Palestin dan sekitarnya.


Lihat gambar di sebelah adalah tembok pemisah dekat negara Palestin yang kita cintai. Negara di jajah oleh Israel.  Tembok ini di bina untuk memisah orang dalam kawasan tembok dan kawasan luar tembok ini.

Bagaimana perasaan kalian semua, tembok ini jua memisahkan anak dengan ibu bapa, isteri dengan suami . Tembok ini juga memutus hubungan antara kawasan antara kawasan. Dan pada waktu sama di manakah suara keperimanusian terhadap mereka kerna kita juga  masih dalam frasa tembok pemisah ialah sempadan negara itu sendiri.  Kita lihat sahaja bagaimana orang ramai dan juga tidak terkecuali media massa negara ini kurang memberi tumpuan kepada masyarakat Islam di sana. Mereka lebih bersikap assobiyah atau lebih mudah dan senang cerita Malaysia masih aman. Ada apa dengan perasaan aman dengan Malaysia setelah Allah uji kepada kita tentang kehilangan  kapal terbang. Bepusu-pusu cari ustaz-ustaz, tok imam  dan alim ulama untuk solat hajat. Pabila waktu senang tak pernah  ingat Allah. Inilah sikap yang sudah sebati orang Malaysia.

Berbalik kepada tajuk. Contohnya  di Syria , media massa malaysia pro kerajaan begitu lantang mengatakan para mujahiddin syria adalah 'PENGGANAS' dan tentera syiah  Bashar Assad yang betul. kerap kali di ulang-ulang berita   'Pengganas' dan mengambarkan satu gambaran buruk Mujahiddin syria . Namun bukan semua rakyat Malaysia bodoh dan tidak celik IT. Di dalam samar-samar malam nescaya akan terbit cahaya yang akan menerangi kegelapan malam itu sendiri.

Sikap orang Islam Malaysia itu sendiri yang sikap tak acuk(tak amik kisah)  yang berani keluar ayat lebih kurang

"biaq pi dekat depa, bukan perang negara kita pun "

atau lebih  "menjaga hati perut"

'Malaysia kan aman'



Tidak tahu nak untuk di katakan. Apa wajib di lakukan oleh rakyat Malaysia kena peka dan ambil tahu apa yang sedang berlaku. Jangan  dah kena diri kita baru nak sedar. Pada waktu itu , tak berguna untuk sesal sekali pun kerna nasi sudah menjadi bubur atau kata lebih kurang ajar adalah nasi yang sudah menjadi bubur pun sudah basi dan tidak bisa untuk makan lagi.



Wallahualam

0 comments:

Entry Paling Best

--------------