Syeikh Zainul Asri Hj Ramli- Bertambah Iman

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 27, 2014


KENANGAN TERINDAH SAIDINA AISYAH R.A BERSAMA RASULULLAH S.A.W
Pada suatu ketika, seseorang telah bertanya kepada saidina Aisyah R.A.” Sepanjang engkau bersama Rasulullah, apakah pengalaman engkau yang paling indah sekali?”
Saidina Aisyah menarik nafas panjang, kemudian berkata dengan nada hiba menahan tangis, "Semua perilakunya menakjubkan bagiku".
Kata saidina Aisyah lagi, “Cuma ada satu perkara yang aku tidak dapat aku lupa. Pada suatu malam, ketika Baginda tidur bersama-samaku dan kulitnya bersentuhan dengan kulitku, kemudian tiba2, rasululullah berkata, "Wahai Aisyah, izinkan aku untuk berdiri dihadapan Tuhanku”
Kemudian Aisyah berkata,”Ya rasululullah.. sesungguhnya aku berasa senang dekat denganmu. Tetapi aku lebih senang melihatmu beribadat kepada Tuhanmu”.
Lalu berderai air mata rasulullah mendengar kan kata-kata saidina Aisyah tersebut. Kemudian, baginda bangkit mengambil bekas air untuk berwuduk sambil menangis. Ketika berdiri untuk solat juga nabi menangis.
Kata Saidina AIsyah, “Aku mendengar Baginda menangis teresak-esak sehingga air matanya membasahi janggut, Kemudian, Baginda bersujud dan menangis sehingga lantai basah dengan air mata”. Saidina Aisyah yang melihatkan rasululullah menangis turut sama-sama menangis.

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS