pengikut pemudattbc

Isnin, 16 Jun 2014

[Syria] Rakyat Malaysia Berjuang di Syria Akan Di Tangkap Jika Pulang Malaysia











Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil jika terlibat dalam kegiatan militan di sana. "Kami peroleh maklumat dan jika menjejak kaki di Malaysia, tangkapan dan pendakwaan akan dilakukan," katanya pada sidang media selepas menghadiri pertemuan dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Hotel Royale Chulan, Damansara, hari ini. Beliau berkata, terdapat usaha merekrut rakyat Malaysia sebagai pengganas untuk berjuang di luar negara. "Itu satu maklumat yang harus diperincikan, iaitu usaha pembendungan perlu dijalankan bagi memastikan tidak ramai rakyat Malaysia melakukan perkara demikian. "Terutama dengan cara merekrut di laman sosial media dan kita tidak mahu usaha ini mendapat dokongan daripada pihak militan antarabangsa," katanya. Beliau berkata, usaha pembendungan akan terus dilakukan. "Usaha berterusan pembanterasan dan pencegahan akan dilakukan," katanya. Mei lalu, The Malaysian Insider mendedahkan 10 militan ditahan polis awal minggu lalu kerana mahu membantu perang saudara yang berlarutan di Syria. Selain itu, Utusan Malaysia juga melaporkan puluhan rakyat Malaysia dipercayai terbabit dengan kumpulan militan di Syria, termasuk seorang bekas pemuzik daripada kumpulan rock terkenal tahun 1990-an. Akhbar itu yang memetik daripada sumber keselamatan berkata, rakyat Malaysia itu dikatakan terpengaruh dengan perjuangan 'jihad' yang membolehkan mereka mati syahid dalam perang saudara di negara Islam tersebut, walaupun kumpulan pemberontak Syria yang menentang kerajaan pimpinan Bashar Al Assad itu ditaja oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel melalui sekutu mereka di Timur Tengah. Berjuang atas nama 'jihad', mereka dipercayai dilatih ala tentera menggunakan senjata api terlebih dahulu, sebelum berlepas ke Syria menaiki penerbangan sama ada melalui Turki, Jordan dan Lebanon. Utusan Malaysia turut melaporkan dipercayai terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dengan kumpulan militan Syria itu terbunuh ketika berperang. Zahid sebelum ini juga mendedahkan kumpulan militan menyebarkan aktiviti mereka menerusi misi kemanusiaan ke luar negara dan polis kini memantau rapat kegiatan itu. – 16 Jun, 2014. 


Nota kaki
 Jika Malaysia masih sujud kepada Amerika, nescaya ramai lagi rakyat Malaysia akan berjuang . Insya Allah

Wallahualam

0 comments:

Entry Paling Best

--------------