Budaya Dubsmash Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 07, 2015






Dubsmash adalah satu aplikasi smartphone dengan video selfie di gabung dubbed dengan muzik gemaran kita. Namun ada kesan buruk kepada masyarakat kita terutama wanita . Ia akan menzahirkan kurang sopan dan beradab pabila pelbagai reaksi yang di pamerkan kepada orang kita tidak di kenali. 

Pada masa yang sama, video itu akan tersebar di dalam media sosial seperti facebook, twitter, youtube . Maruah kita akan tercalar dan memberi kesan yang sangat buruk kepada ahli keluarga.

Kenapa ia memberi kesan yang buruk? Jom kita mengkaji bersama-sama. 

1) Semasa kita merakam video itu , kita di dalam keadaan yang tidak menutup aurat yang sempurna. Kalau menutup aurat sempurna pun ia masih tak boleh juga kerana melibatkan maruah kita.

2) Maruah kita di jaja di media sosial hanya kerana satu video dubsmash kita tersebar berapa aib kita tercalar. Ia macam MLM (multiple Level Marketing)

3) Ia bukan budaya orang timur dan juga bukan budaya seorang beragama Islam. Di dalam Islam kita wajib menjaga kehormatan kita. Kehormatan kita bukan terletak hak peribadi kita tetapi maruah adalah aset paling bernilai kepada kita.



Oleh itu sahabat-sahabat hindari budaya barat seperti ini . Kerana budaya barat ini akan mengakis sifat malu di dalam diri kita.  Sedar diri sahabat-sahabat!
...

Wallahualam.
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS