Ramadhan- Bulan Makanan Atau Bulan Beribadah?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 15, 2015


Insha Allah di dalam beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat daripada Allah. Tak kira muda tua kaya dan miskin semua bergembira dengan kedatangan  bulan Ramadhan. Sebelum itu, mari kita semua bermuasabah diri dulu ibarat lampu isyarat berwarna merah.


Pertama kita berdoa kepada Allah agar kita dapat ketemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Insha Allah.  Yang kedua kita istiqamah beribadah kepada Allah . Bagaimana? 

Pabila kedatangan Ramadhan, kita akan merasai kelainan yang berbeza berbanding bulan-bulan lain . Kerana ia hanya satu bulan sahaja di dalam bulan Islam. Kelebihan di dalam bulan Ramadhan berlipat kali ganda ganjaran oleh Allah. Hanya bulan Ramadhan ada solat sunat Taraweh. Oleh itu berlumba-lumba beribadah kepada Allah dan beristiqamah selepas bulan Ramadhan juga.

Bulan Ramadhan juga ada tempat yang manusia berbilang bangsa dan agama juga suka iaitu Bazar Ramadhan . Kerna ia menjual pelbagai juadah berbuka puasa. Kekadang kita nafsu makan lebih kuasa daripada beribadah. Kekadang membeli sehingga membazir . Kesian dengan sifat macam itu. Walaupun syaitan dan iblis di belenggu. Perangai mereka masih kita ikut saban tahun.

Tidak salah untuk membeli juadah TETAPI berpada-pada atau bahasa yang paling mudah dan di fahami. Cukup satu dua sahaja. 

Mari kita semua sebelum kita menyambut kedatangan Ramadhan. Kita bermuasabah diri sama ada Ramadhan tahun ini sama sahaja macam tahun lepas. Jika niat seperti itu lebih baik betul kembali asbabnya Mungkin Ramadhaan kali ini terakhir untuk diri aku.

Wallahualam.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. betul... bulan ramadhan laa mengajar kita untuk berjimat cermat... bukan membeli mengikut hawa nafsu... selamat menyambut bulan ramadhan almubarak.. :)

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS