pengikut pemudattbc

Rabu, 8 Julai 2015

Plastik Hitam Masih Beroperasi Dalam Bulan Ramadhan


Kita sudah berada di penhujung bulan Ramadhan, namun  kehadiran Ramadhan ada membuat segelintir insan tidak berapa suka akan dengan Ramadhan kerana mereka tidak dapat makan dan minum pada waktu pagi seperti biasa. Ini membuat mereka gelisah akan kehadiran bulan Ramadhan.

Apabila Ramadhan datang akan muncul kumpulan yang di gelar 'Geng Plastik Hitam'. Mereka beroperasi pada pukul 8 pagi hingga pukul 4petang .Siapakah mereka ini? Mereka adalah orang yang tidak berpuasa pada bulan Ramadhan. Mereka membeli makanan dan minuman di bungkus di dalam plastik hitam. Mereka tidak bersalah dan malu kepada non muslim apabila melihat mereka membeli makanan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Naim pernah melihat perangai orang islam yang memberi makanan pada bulan Ramadhan. Mereka membeli roti gardenia dan air berkarbonat 100 plus di bungkus di dalam plastik hitam. Jika mereka bukan Islam tak mengapa, yang menjadi masalah mereka seorang Islam dan bangsa Melayu.

Allahu akbar! Hidayah mu kepada mereka  Ya Allah.

Semoga Allah campakkan hidayah kepada mereka. Semoga mereka sedar diri.

Wallahualam. 

0 comments:

Entry Paling Best

--------------