Sekarang saya sedang menziarahi keseluruh pelusuk malaysia ,sedang saya
masih berada dalam kesakitan,namun saya masih bersemangat untuk fokus
kepada pemuda-pemuda yg bergiat dengan dakwah. Saya mahu Pemuda kita
keluar dari sikap persempadanan, "ini pelajar Al Habib Umar, yang ini
pelajar Al Habib Abu Bakar, yang ini pelajar Al Habib Salim As Syatiri,
yang ini pula pelajar Al Habib Muhammad Alwi Al Maliki. Setiap
dari mereka ini saling berlumba-lumba di antara satu sama lain.
Masing-masing telah besarkan serban mereka,besarkan Syal mereka.
Seolah-olah mereka itu Kerbau yg saling mahu menanduk di antara satu
sama lain. Dan tidak mahu duduk bersama baik di tepi mahupun di
hadapan. Mereka juga tidak akan bercakap di antara satu sama lain. Ini
maqam saya!!! Ini kedudukan saya!!! Kalian semua seperti berpuak dan
berparti. Kamu juga sama seperti pertelingkahan parti di zaman ini.
Masing-masing gila kuasa. Barangkali satu masa nanti agama juga akan
jadi seperti pilihanraya. Tiada yang akan menaiki mimbar untuk
berkhutbah melainkan yang paling banyak undinya. Tiada yang akan
mengimamami solat melainkan lelaki yg telah terpilih dalam pilihanraya.
Apa ini semua!!!!?
Kita semua telah ditimpa dengan satu penyakit. Kita juga ditimpa dengan penyakit umat. Rasullullah ﷺ ditanya. Apakah penyakit umat? Lalu baginda menjawab; Saling Benci dan Hasad. Tidak aku katakan ianya mencukur rambut akan tetapi boleh mencukur agama. Tidakkah aku tunjukkan kepada kalian dengan sesuatu yang jika kamu lakukan pasti kalian akan saling mengasihi, sebarkan salam di antara kamu

Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: