pengikut pemudattbc

Rabu, 29 Jun 2016

Bagaimana Raya Mereka



Bagaimana mereka di dalam bulan Ramadhan dan persiapan raya pada tahun ini. Gusar hati ini memikirkan sahabat-sahabat kita di bumi Syria hatta di seluruh dunia  apabila musuh-musuh Islam terus menghukum mereka tanpa rasa sedikit kesian kepada mereka.

Kalau di negara kita, Malaysia kita merasai sedikit suasana kegembiraan yang jelas  di riak muka kita. Pada waktu yang sama kita menyimpan satu perasaan yang kita sendiri tak mampu untuk luahkan kepada sesiapa sahaja yang berada di hadapan kita atau di belakang kita sendiri.

Hampir 5 tahun peperangan di bumi Syria berlarutan sehingga kini,  Tiada ada tanda-tanda untuk berakhirnya peperangan menggila ini.  Yang isteri terus menjadi janda dan anak-anak terus menjadi anak-anak yatim piatu. Pergolakan setiap hari di seluruh daerah di dalam negara Syria.

Secebis roti bersalur darah bertebaran di jalan-jalan raya, runtuhan bangunan di sana-sini. Suasana menjadi riuh. Kemudian muncul siualan ambulans datang...

Bagaimana Raya Mereka.... Soalan terus menjadi igauan mimpi ngeri kita!

Wallahualam.

0 comments:

Entry Paling Best

--------------