#FFA- Satu Taaruf Yang Permulaan Mencari Titik Persamaan Kelak

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 03, 2016


Tidak tahu bagaimana hendak memulakan entri bagaimana? Macam dah kelu jari-jemari ini hendak menaip di dalam blog ini. Kerana lama tak menulis entri di dalam blog ini. Daku cuba menulis dengan sebaik mungkin agar ia lahir daripada perasaan yang terbuku di dalam  hati ini.  Kini tahun 2016 bersamaan umur aku dah berusia 26 tahun . Dah setahun juga aku di dalam alam pekerjaan  yang masih kontrak. Mohon doa dapat aku dapat kerja yang tetap untuk kelangsungan hidup. Amin...!


Rasa segan nak menaip siapa Dia yang sebenar. Biar melankolik berbicara , agar tersimpan di dalam entri ini. Aku mengenali seseorang ini  daripada orang tengah yang  mengatakan Dia mencari kawan untuk masa hadapan. Lalu orang tengah meminta biodata aku dan di beri biodata  Dia kepada aku secara personal. Lalu aku mula berhubungi Dia untuk proses taaruf.


Perasaan yang sama yang aku rasa sekarang. Tidak tahu bagaimana nak mulakan sesi taaruf pada waktu itu. Dengan memberanikan diri aku ini. Lalu aku menekan screen phone  terus kepada Dia.  Lalu berbalas sesi taaruf ini. Selepas itu, aku termenung seketika . Lalu aku menolong sendiri.

" Sudah 26 tahun, masa untuk frasa yang seterus, ramai kawan-kawan sebaya dah bertukar  status kepada bujang kepada berkhawin"- Hati aku mula berkata-kata.. Aku hanya melayan perasaan ini.


 Bukan setakat itu, aku hubungi Dia sehingga kini aku  masih berkawan dengan Dia . Pada  waktu yang sama aku  meluahkan perasaan aku kepada Pencipta aku iaitu Allah. Perasaan ini dan  situasi ( DIA) yang aku taaruf ini. Aku hanya berpaut kepada Allah. Jika ia benar kepada aku. Mudahkan  kepada aku, jika tidak GANTI yang lebih baik. Itu lah  acap kali aku berdoa.

Hmmm.. nanti aku sambung lain.. :)

Wallahualam.
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS