Aku Masih Di Sini Seorang Diri

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 08, 2016
Dalam mengharungi saki baki tahun 2016 ini, aku masih di dalam perjalanan hidup tak sama macam jalan cerita picisan novel-novel akan menjadi adaptasi drama-drama di kaca tv di tanah air ini.  Yang watak adalah pelbagai dan jalan cerita sama sahaja , hanya menukar pelakon sahaja dan warna-warna jalan cerita lebih kepada 'make-up way' semata-mata.



Aku tak tahu bagaimana hendak memulakan jalan cerita ini. Tapi perasaan sekarang bercampur aduk pelbagai perasaan yang kini datang bertubi-tubi menikam hulu hati seorang manusia yang tak kental menghadapi seorang diri. Hanya menulis ini sahaja dapat aku ungkap apa yang terbuku di dalam hati ini. Semoga ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada diri ini. Untuk 'move on' ke hadapan dan tidak memandang ke belakang lagi.  Dan aku harap tak ada menanyakan akan apa isi entri ini. Cukup ia sekadar coretan kosong di dalam blog ini. Biar ia menjadi nostalgia di dalam hidup aku ini. huhu. ( panjang pula mukadimmah)


Hmmm. Bagaimana nak mula cerita ini..

Pada 8-9 bulan yang lalu,  aku berkenalan dengan seseorang yang diperkenalkan oleh kawan aku. Panjang conversation whatsapp itu, tak perlu di ceritakan di sini. Selepas aku memperkenalkan diri kepada seseorang ini.  Mula sesi taaruf yang boleh aku mencari balik makna-makna yang aku padam dahulu. Mula aku bertanya duduk di mana dana akhir pengajian di mana, yang menarik berasal negeri yang sama dengan aku. Hati mula merasa apa yang boleh kepada tenang kerana memegang kalam mak . Nak 'bakal' orang kedah juga senang katanya. huhu.  Pada hari itu berakhir di situ sahaja dengan sesi taaruf  asal mana...


   
Sesi taaruf tak berakhir di situ sahaja. Masih di teruskan perkara yang lebih penting sahaja. Pada satu ketika , dia mengatur satu pertemuan dengan aku untuk membantu di dalam bidang it. Dia berharap dengan ada ilmu berkisar programming dapat bantu dia menghantar sistem semasa di latihan pratikal dahulu. Detik itu aku mula mengetahui wajah dia bagaimana . So far.. bagi aku dia seorang sederhana dan menjaga peribadi seorang  wanita. Selepas itu, aku membantu takat yang aku mampu sahaja... Akhirnya sistem itu di hantar kepada tempat pratikal dia dulu.. huhu.  


Itu pun bukan berakhir juga. selepas itu aku mula menyatakan hasrat aku berkawan bukan kawan biasa-biasa sahaja. Berkawan untuk lebih serius lagi.  Dia mula berkata-kata dengan penuh pennelitian seorang wanita, seterusnya dia berkata dengan jawapan positif. Hati seorang lelaki dapat jawapan yang positif macam nak lompat tinggi..

Dari situ aku, mula letak pengharapan yang tinggi kepada Yang Esa. dan aku juga harap dia pun letak pengharapan yang tinggi kepada Yang Esa juga


  
Pada minggu lepas, dia menghantar pesanan mesej. Dengan mesej kalau baca perlahan-lahan macam ada berita sedih nak sampaikan. Aku tenangkan hati membaca dan meminta dia jelaskan apa yang hendak dia bagi tahu kepada aku. Dia mula cerita satu persatu kepada aku yang pihak keluarga dia ada calon sendiri untuk diri dia. Aku mula tersentak dengan mesej itu. Lama juga nak membalas jawapan kepada dia. Hati mula nak sebak tak sebak, dengan yakin aku mula mengarang satu mesej agar apa yang baik yang di rancang oleh ibu bapa. Lebih baik di ikuti kerana mereka lebih memahami masa hadapan anak mereka. 

Pada malam itu, rasa sepi dan rasa lain sahaja yang aku rasa. Mungkin aku terlalu berharap kepada dia, hatta setiap dalam doa dan istikharah ada sahaja pentunjuk tentang dia. Ini perancangan Allah lebih baik kepada makhluk bernama manusia ini....  Hati mula sedih dengan perkhabaran ini..

Aku tamat sahaja jalan cerita ini...  Semoga tahun baru hijrah baik untuk aku...


Wallahualam..  
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS