Jadilah Musuh Sebagai Kawan Kita?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 20, 2016
Misti tertanya-tanya bagaimana kita nak jadikan musuh sebagai kawan kita. Bagaimana story line nak mulakan. Sebenarnya Naim mula menulis terpanggil dengan inspirasi dengan satu anime jepun iaitu Naruto. Semua sedia maklum siri kartun yang popular di Malaysia.


Dalam siri Anime Naruto, Watak Nagato (Pain) adalah satu watak lebih kurang jahat juga. Pada zaman silam beliau adalah seorang  yang agak pendiam dan menjadi pembela kepada kawan-kawan beliau. Tetapi sikap marah dan dendam membuat beliau menjadi satu watak yang sangat kejam. Akhirnya berlaku satu babak perlawanan beliau dan naruto di kampung Konaha (kampung Naruto). Selepas tamat pertarungan dengan Naruto.  Naruto berjumpa dengan Nagato itu sendiri. 

Untuk menyelami perasaan Nagato kerana , mereka berdua mempunyai kesan sakit yang sangat dalam walhal berbeza jalan cerita antara mereka berdua. Selepas bercakap panjang. Akhirnya Naruto mengeluar satu buku tulisan guru mereka Jiraiya.  Nagato adalah watak di dalam buku Jiraiya itu sendiri. Nama pula dalam buku itu adalah Naruto. Ini membuat Nagato tersertak serta-merta dengan beberapa ayat yang pernah beliau ungkap dengan Jiraiya pada satu ketika dahulu.

Akhir sekali, Nagato terbuka pintu hati  menerima Naruto dan akhir beliau mati. Apa yang kita boleh amik sedikit pengajaran sisipan daripada anime ini...

1) Tunjukkan akhlak yang baik kepada musuh kita. Dengan akhlak pun boleh menarik minat musuh kepada kita. Untuk menjadi baik kepada diri kita.

2) Diam diri dan jangan tunjukkan satu sikap yang memberontak kepada musuh kita kerana dapat menarik  minat berjuang kepada musuh.

Semoga dapat mengambil sedikit coretan menjadi satu jalan kehidupan kepada anda semua di atas muka bumi ini. 

    **** TAMAT ****
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS