Block Iklan Forex Dalam Adsense

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 28, 2022


Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat semua. Alhamduillah bersyukur kepada Allah kita berada hari Jumaaat yang barokah dan hari jumaat terakhir bagi bulan Januari. Cepatnya rasa masa berputar sekarang. Pada pagi ini Naim ingin berkongsi tentang iklan forex dalam Adsense.


Kita sedia maklum tentang Forex ini dan  hukum nya HARAM kerana ada unsur riba dan meragukan di dalam Forex ini. Jika tidak silap Naim jumhur ulama sepakat forex ini haram kerana ada unsur yang meragukan .Begitu jua dengan adsense ini. Kerana baru-baru ini kerap iklan forex terpapar di blog Naim sendiri. Alternatif sendiri Naim block iklan dari forex ini.

Bagaimana hendak block iklan di Adsense?

Ia sangat mudah jika sahabat-sahabat ikuti cara-cara yang akan Naim tunjukan ini. Yang pertama log in akaun  gmail, blog dan klik pada https://www.google.com/adsense . Dan bar sebelah kiri iaitu 


Dan sahabat-sahabat klik pada Blocking control dan seterusnya klik pada Content.



Seterusnya di tengah yang Naim tulis no 1 berwarna biru itu, sahabat-sahabat tulis iklan hendak di block , Naim menulis forex. dan iklan tersebut akan terpapar di atas dan no 2 klik pada ikon yang Naim bulatkan itu. Bukan iklan forex, iklan ubat kuat dan casino patut kita block agar duit yang kita cash in nanti tiada unsur yang meragukan. Insha Allah.




Setelah kita block iklan tersebut, ia akan terpapar sebegini, dan iklan yang akan tersiar di blog kita tiada lagi iklan sebegini.Insha Allah. Beginilah cara-cara untuk sahabat-sahabat yang ingin block iklan yang tidak sepatutnya muncul di blog kesayangan kita. Kita sebagai Muslim wajib peka tentang ini jangan nampak kebendaan dan wang ringgit sehingga  pejam mata tentang halal dan haram.

Semoga bermanfaat kepada anda semua, oh terlupa Naim hendak bagi tahu jika di dalam blog Naim masih muncul iklan tak sepatutnya sila komen di bawah ini ataupun di mana-mana  entri di dalam blog ini. Terima kasih!.

SHARE 13 comments

Add your comment

  1. Itulah kena rajin selia iklan yang muncul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kena selalu peka agar tidak terlepas masuk dalam blog ini hehe

      Padam
  2. iklan2 macam ni mmg lagi banyak payment, tp obviously shubahah, mana kita boleh elak, kita elakkan.. insyaAllah. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lebih baik elakkan, semoga bermanfaat kepada anda.. :)

      Padam
  3. thanks for sharing the tips. geram gak jika iklan2 yg haram kuar di blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Abam Kie, semoga bermanfaat... 😀😀

      Padam
  4. Kadang dah block ehhhh muncul balikk. Tapi itulah, memang kena selalu check lah kann. Btw nice sharing :)

    BalasPadam
  5. Nice. tq untuk tutorial. Nak block juga. Takut dapat saham je kang

    BalasPadam
  6. Tq naim... Nnt kita nak block jgk laa!!

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS