Cinta Sampai Mati - Raffa Affar Cover Sholawat Mas Kafa

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 19, 2022

Cinta Sampai Mati - Raffa Affar Cover Sholawat Mas Kafa

 

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua di dalam rahmat dan peliharaan Allah. Sebut sahaja lagu Cinta Sampai Mati semua orang mengetahui kerana sangat popular di media sosial seperti Tiktok dan Instagram.

Memang cinta sama manusia adalah cinta buta, tetapi Cinta kepada Sang Nabi Muhammad ibarat air yang mengalir deras mengalir di sungai yang bersih dan damai. Begitulah  perasaan cinta yang kuat kepada Nabi Muhammad. Hanya berselawat pengubat rindu dan syafaat di akhirat menjadi kekuatan bagi umat akhir zaman ini.

Sebenarnya selawat  cover ini tertengok di media sosial Facebook, cari balik untuk share di facebook tak jumpa, terus buka  youtube akhirnya membawa channel  Mas Kafa ini. Alhamduillah jumpa juga untuk Naim share buat sahabat-sahabat semua untuk kita hayati lirik dan selami lirik tersebut untuk menyatakan rasa cinta dan rindu kepada Nabi Muhammad. Insha Allah.

LIRIK

Duhai nabi yang ada di hati
Nabi Muhammad yang kurindui
Di setiap malam ku selalu berdoa
Semoga kelak berjumpa 

Duhai engkau sang pujaan hati
Namamu tersimpan didalam Qolbu
Di sepanjang malam aku memohon
Semoga bisa berjumpa 

Dengarkanlah 
disepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kelak berjumpa 

Wahai Nabi 
namamu yang selalu ada dihati
Nabi Muhammad yang aku rindui
Semoga bisa bermimpi

VIDEO


Pesan ustaz, cinta kepada Nabi kena sentiasa ada di hati, kerana Cinta kepada Nabi Muhammad tak pernah di kecewa seperti cinta manusia biasa acapkali akan berasa di kecewakan. Rasa Mahabbah ini kena ada, semoga berkat berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad, Nabi akan mengenal kita kelak asbab berselawat kepada Nabi Muhammad. Insha Allah.
SHARE 2 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS