Adab Orang Awam Makin Biadab

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 25, 2022
 Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Mutakhir ini pelbagai masalah yang kerap timbul di tanah air Malaysia.Naim melihat pun risau dengan keadaan yang tidak berasa selesa keadaan yang makin rumit dan runsing keadaan yang semakin tenat. Kerna Adab makin lenyap di dada orang awam di Malaysia.


Akhir-akhir orang awam makin tenat adab mulut lancang menghina alim ulamak di Malaysia iaitu komen dengan kata-kata keji dan hina. Macam mereka alim menadah kitab dari kulit ke kulit, akan tetapi iman mereka senipis kulit bawang sahaja. Tujuh kali pergi usrah dah mula tapis fatwa ( lagu altimet).

Salah satu group di Facebook dengan Apa Tok Guru Bohong Hari ini? tatkala melihat group tersebut, Nafas makin laju dengan keadaan adab manusia makin lupus di dada mereka. Mereka tidak sedar, mereka orang awam yang tiada ilmu yang cukup tetapi perasaan sudah pandai untuk menongkah arus menidakkan apa alim ulamak mengajar satu-satu ilmu. Walhal ulama mengajar berlandas kitab dan berpandukan Al-Quran dan Al Sunnah. 

Otak ligat berfikir , kenapa mereka makin jauh jahil sebegini. Kerana mencari jalan mudah tentang agama. Ini kerana pemikiran Wahabi makin  berakar di tanah air. Jika tidak di bendung, ia akan membarah seperti berlaku di Timur Tengah dan menjadi extremis seperti ISIS atau Daesh.

Oleh itu, orang awam seperti kita lebih baik berdiam sahaja. Kerana ilmu kita persis kertas A4 double AA kerana  kita masih putih di dalam ilmu agama. Petah berkata-kata bukan berarti kita sudah pandai pelbagai cabang ilmu agama. Walhal solat kita masih banyak lubang. Apa ulama naqal kepada kita semua adalah terbaik di dalam kehidupan orang awam macam kita ini . Agar kehidupan kita tidka terhanyut dengabn arus deras dunia ini.

Apa Ulamak naqalkan kepada kita semua adalah dari sumber Al-Quran dan Sunnah kemudian , Ulamak susun di dalam kitab dalam satu kaedah yang mampu kita lakukan apa-apa amalan kita lakukan rutin harian seperti mana sunnah-sunnah Rasullullah.

Akhir sekali, berpada-pada dengan kata-kata yang kita ungkapa di media sosial. Jangan nampak diri kita persis orang bodoh sahaja. Berdoa kepada Allah, agar lisan kita tidka berkata-kata kurang ajar kepada alim ulama. Kerna mulut binasa takut Bala Allah singgah kepada diri kita.
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS