Bukan Semua Boleh Di Kongsi Media Sosial

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 28, 2022


kredit https://hellodoktor.com/

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Sebut sahaja media sosial memang menjadi tumpuan seluruh masyarakat di Malaysia berusia remaja sehingga seusia emas. Kerana media sosial menghidangkan pelbagai isu-isu semasa dapat memberi informasi baharu kepada kita semua.


Tanpa kita sedari, bukan semua perkara yang boleh di kongsi di media sosial kerana ia mendatangkan mudharat kepada diri kita hatta ahli keluarga kita sendiri. Berpada-pada berkongsi maklumat sama ada di media sosial. Kerana bukan semua sahabat maya di alam maya kita kenali semua takut mereka pencuri alam maya untuk mengambil data-data peribadi tentang diri kita. Kita boleh yakin mereka semua adalah rakan terbaik untuk diri kita? Naim pasti ramai menyatakan TIDAK.

Data Peribadi 

Sebut sahaja data peribadi bukan sahaja perkara remeh dan kecil , akan tetapi ia adalah aset yang sangat penting di dalam kehidupan kita. Oleh itu, jangan suka-suka dedah di media sosial. Kerna  ia sangat mudhrat jika jatuh di tangan pihak tidak bertanggungjawab. Data peribadi merangkumi seperti Nombor Kad pengenalan, Akaun Bank , Alamat Rumah dan telefon bimbit.

Jika ia jatuh di pihak tidak berntangjawab , ia akan membinasakan mangsa terbabit. Dan paling menakutkan no phone atau no pengenalan kita , dipergunakan tujuan tidak sihat dan iaitu scammer . Tidak pasal kita akan di persalahkan. Jangan ambil mudah perkara ini.

LIVE Di Media Sosial

Yang ini pun sangat bahaya jika , siaran langsung (LIVE) di rumah masing-masing dengan terdedah segala perkakasan di dalam rumah. Kita tidak langsung  sedar perkara ini akan di sebar dengan perkataan 'Share live ini guy'. Ia akan bertebaran di seluruh pelusuk dunia. Dan ia akan sampai kepada penjenayah siber tanpa kita sedari. Jika hendak LIVE sekali pun, pastikan tiada perkakasan yang berharga dan bernilai tinggi dan paling senang buat live di bilik kosong . Ini dapat menyelamatkan anda, keluarga anda dan anak-anak anda sendiri. Anda mampu mengubah nya.

Upload Gambar

Akhir sekali, uoload gambar di media sosial ini pun kena hati-hati. Upload gambar adalah  momen indah bersama keluarga tercinta. Better menjaga privacy adalah lebih baik. Kerana  sekeping gambar ia membawa 1001 kebaikan dan 1001 keburukan.Pastikan sekeping gambar tidak memperlihatkan  harta peribadi anda. Dan pastikan tidak cerita ketidak beradaan anda di rumah di media sosial kerana ia memberi gambaran " rumah kami tak ada orang, mai la masuk ". Kita tak mahu menjemput penjenayah masuk ke rumah kita walhal kita membuka pintu-pintu mereka datang. Lepas ini beringat jangan ulangi kesilapan kita.

Sahabat-sahabat semua, semoga ia menjadi pedoman masing-masing. Media sosial adalah jaringan tanpa sempadan. Kiranya Baik dan Jahat bisa bercampur aduk. Kita yang mampu mengadun Baik dan Jahat mengikuti kewarasan otak kita. Jangan media sosial mengawasi jiwa kita. 

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Dari zaman FB lagi benda ni dah ada. Ramai masih tak ambil berat.

    BalasPadam
  2. betul, tak semua benda boleh share. Kadang tu kalau pergi mana tak terus upload gambar. Peram sehari dua baru post. Filter dekat IG pun bahaya bila tanya soalan peribadi. Nampak soalan biasa tapi sebenarnya data mining dari creator.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS