Nadamurni - Haji Akhir Zaman

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 26, 2022

Nadamurni - Haji Akhir Zaman

 

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat semua. Tidak lama lagi, kita akan masuk bulan Zulhijjah dan kita doakan semua bakal-bakal Haji selamat tiba di bumi Mekah dan Madinah dengan selamat. Pada malam ini Naim akan berkongsi nasyid nostalgia daripada kumpulan Nadamurni.


Sebut Nadamurni, Naim rasa semua orang sedia maklum dengan kumpulan nasyid klasik ini. Lagu nasyid Haji Akhir Zaman merupakan lagu dari album Balada Makkatul Mukarramah. Nasyid ini sangat memberi kesan di hati manusia dan ada bait-bait lirik sangat kena dengan suasana sekarang.

Ada pergi sana demi meminta sedekah dengan jemaah negara lain , tak kurangnya demi memuaskan nafsu berniaga sahaja.Semoga Allah memgampunkan dosa-dosa kita semua.

LIRIK

Diakhir zaman ramai orang mengerjakan haji tiada pahala.
Bahkan apa yang mereka dapat ialah dosa - dosa
Karena belanja yang dibawa dari harta yang tidak halal
Dibawa kesana bersama hati yang punya masrumah

Bukan sebab itu saja rusaknya haji
Ada yang pergi minta sedekah
Ada yang kerana pergi melancong
Tidak kurang yang pergi berniaga
Ramai juga yang pergi ilmunya tiada


Oleh itu sebelum pergi bersedialah pasanglah niat
Siapkan belanja yang halal dahulu belajarah ilmu
Dan adab - adabnya satu persatu

Sebelum pergi selesaikan dulu masaalah kita sesama manusia
Minta ampun dengan ibu bapa dan sanak saudara
Hutang - hutang selesaikan dahulu
Atau minta dihalalkannya
Tanggung jawab kita yang tinggal ada yang menguruskannya

Pergi haji bukan pergi melancong
Naik haji berarti menuju kepada Tuhan yang esa
Mengerjakan ibadah memohon ampun
Menghina diri membersih hati hitmat pada manusia

Oleh itu sebelum pergi bersedialah pasanglah niat
Siapkan belanja yang halal dahulu belajarah ilmu
Dan adab - adabnya satu persatu


VIDEO

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS