Pageviews Mencanak Naik

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 03, 2022

Pageviews Mencanak Naik

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabatblogger. Naim doakan semua di dalam rahmat Ilahi dan perlindungan daripada Allah. Alhamduillah pada malam ini ada perasaan 'terkejut' dengan pageviews pada 3 Julai 2022.


Masuk bulan Julai  Naim belum update sebarang entri lagi. Seperti biasa log in blogger terpandang pageview pada hari ini adalah 1213 views. Satu angka yang sangat besar bagi blogger. Pageviews mencanak naik pada hari ini adalah satu motivasi kepada diri Naim untuk terus menulis di dalam blog ini.

Naim mencuba mencari di google sama ada pageview mencanak naik ini memberi gambaran positif atau negatif. Setelah mendapat carian tersebut tiada paparan negatif yang Naim dapati. Ia mencanak naik asbab ada organic search mencari di dalam blog kita ini.

Berkualiti artikel atau entri kita?

Setiap blogger ada cara dan style mereka tersendiri di dalam menarik  orang datang ke blog .  Mukadimmah sangat menarik dan artikel yang padat dengan informasi adalah salah satu daya penarik orang datang ke blog kita. Blog ringan dan tiada script yang besar dan warna tidak terlalu terang agar tidak menganggu orang datang ke blog kita.



Sebahagian entri/  artikel yang membawa Pageviews Mencanak Naik


Inilah sebahagian kecil yang membawa pageviews kita naik dan kita patut check dan balance entri kita sendiri. (termasuk diri Naim ). Melihat blogger yang berjaya di luar sana yang mampu menulis panjang lebar dan padat dengan informasi adalah kelebihan bagi mereka. Kita wajib mencontohi mereka. Hatta Naim sendiri follow blog mereka.

Keyword Tepat Membawa Banyak Manfaat?

Keyword adalah kata kunci kepada pageview kita naik dan mendapat carian yang tinggi Google dan SEO kena dengan blog kita waktu itu. Seperti rakan-rakan blogger Naim ramai review filem Mat Kilau waktu ini yang pasti pageviews pasti mencanak naim lebih 4k hingga 6 k sehari. Yang pasti hasil tulisan sendiri bukan ceduk dari blog lain dan claim sebagai penulisan sendiri. Itulah copycat ia mencuri karya orang lain dan mengatakan ia hak diri sendiri.

Akhir sekali, kepada sahabat-sahabat semua, kita sebagai blogger wajib mencari karya dan penulisan yang tiada tiru rakan-rakan blogger lain. Artikel dan entri mesti kreatif dan padat dengan informasi. Agar orang ramai akan datang lagi ke blog ini. Kepada rakan-rakan blogger , jangan jemu datang blog Naim sama. Jangan biar sendu lagi tanpa komen.


SHARE 12 comments

Add your comment

  1. wah tahniah naim,,, teruskan menulis :)

    BalasPadam
  2. Tahniah Naim. Semoga terus sukses hendaknya. Aamiin...

    BalasPadam
  3. Tahniah Naim.. semoga dengan penulisan awak dapat memberi seribu manfaat dan ilmu berguna kepada semua yang sedang mencari ilmu..

    BalasPadam
  4. Tahniah Naim kerana telah dapat memberikan ilmu kepada orang yang sedang mencari ilmu.. Semoga perkongsian awak dapat dimanfaatkan hingga ke akhirnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, semoga ia memberi manfaat kepada orang lain jua :)

      Padam
  5. betul tu, kalau update entry biarlah original hasil karya sendiri bukannya meniru. Sudahlah meniru, ego pula tu bila kantoi. Bukan blogger kecil tapi yang besar pun ada juga. Apapun tahniah untuk Naim, sikit2 lama jadi bukit. Keep it up :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Farhana, semoga terus sukses di dalam dunia blogging

      Padam
  6. Tahniah naim! Nak pageview naik, cuba buat artikel orang ramai cari. Lebih mudah

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS