Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat yang barokah kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua di dalam rahmat Allah . Dan Insha Allah, Naim akan berkongsi Doa Berlindung dari fitnah Dajjal.
Sebut fitnah adalah benda yang tidak shahih yang di sebarkan kepada umum tanpa di semak akan kebenaran sesuatu berita itu. Sama jua dengan orang yang menyebarkan kata-kata nista dan kurang ajar kepada Ulamak. Kerana badan ulama beracun , sesiapa yang menghidu racun tersebut akan binasa dengan izin Allah. Dan hati menjadi keras dan susah menerima kebenaran. Oleh itu, jangan buat pasal menghina alim ulamak.
Maksud Doa Berlindung Dari Fitnah Dajjal :
" Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa neraka jahanam, seksa kubur , dari fitnah kehidupan dan kematian, serta dari kejahatan fitnah al-masih al dajjal" .
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
-
Kita berdoa kepada Allah memelihara lisan kita daripada mencaci dan cerca alim ulama. Dan kita nampak kepada perkara batil tersebut. Cegahlah kemungkaran dengan tangan, lisan atau hati .Kerana hati selemah-lemah iman. Kalau di tanya kepada diri Naim, Naim akan menjadi pembela ulama walhal bercerai jasad dan badan. Sekurangnya Naim ada dalil untuk jawab di akhirat kelak, di mana Naim tatkala ulama di caci dan dihina. Semoga Allah mengampun dosa-dosa kita semua.
Akhir zaman ni banyak fitnah. Wallahu'alam mana betul mana tidak
BalasPadamamin ya rabbal alamin
BalasPadam