Ustaz Derry Sulaiman -Jangan Fitnah Ulama

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 27, 2022

kredit http://www.riautrust.com/

 

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Baru-baru ini melihat di dalam satu group telegram yang di mana orang awam menghina ulama dengan kata-kata nista dan dusta. Tanpa bersalah dan tiada yang menegur kemungkaran. 

Selepas itu, jiwa dan perasaan Naim meronta-ronta dengan keadaan sekarang. Di mana masyarakat awam makin Hilang Adab dengan ulama.Ini bencana yang berlaku di kalangan masyarakat awam di Malaysia. Berbeza pandangan dan buah fikiran adalah benda biasa. Tetapi pabila ia menghina ulama adalah satu bencana yang besar yang berlaku pada diri tersebut. Di dalam group telegram itu mereka berkata-kata dengan bebas terhadap ulam tanpa menghirau BALA bakal menimpa ke atas mereka. Yang berkata bakal menerima hatta yang melihat sahaja pun bakal menerima bala walhal yang tidak tahu pun akan menerima jua bala Allah.

Ulama itu pewaris Nabi. Kekasih yang kita sayang hatta di dalam kalimah syahadah selepas kita bersaksi Tiada Tuhan Melain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah juga adalah baiah kepada Allah dan Rasul untuk kita taat dan patuh segala suruhan dan larangan . Mereka lupa, mereka sentuh ulama adalah waris kepada Nabi Muhammad. Ia membawa kepada kecelakaan kepada kita semua sebagai orang awam pabila lisan tidak di jaga, takut bala Allah akan menimpa kita semua bukan hanya yang suka fitnah ulama. Itu yang Naim takut sangat jika tidak di bendung dari sekarang.

Sesungguhnya daging ulama itu beracun,  yang menghidu pun akan binasa tambahan pula yang mengadu domba akan terima tempiasannya. Jangan lisan kita terkunci walhal kita sebagai pekerja kepada  boss , tatkala boss berkata kurang ajar kepada Ulama jangan membisu terus menegur . Kerana menegur kemungkaran di sebut cegah dengan  tangan , lisan dan hati selemah-lemah iman. Jangan Allah bagi istidraj kepada kita semua,  Allah bagi semua kekayaan nya kepada kita walhal Allah membenci kita. Itu bencana yang paling besar.

Ulama berkata,  pabila sering menfitnah ulama hati akan menjadi keras dan susah menerima kebenaran. Hatta keturunan (generasi) kita bakal menerima bala di atas keceluparan kita menghina ulama. Oleh itu, tegur kemungkaran daripada terus menerima azab. Hatta Naim telah berlepas diri daripada produk tersebut daripada mengguna hatta promosi produk tersebut. Selagi pengasas produk itu tidak menarik balik kata-kata kurang ajar kepada ulama. 

Kenapa?

Kerana Naim tidak mahu bersubahat kepada orang yang memaki ulama secara terangan walhal ia boleh ditegur oleh anak-anak buah pengasas tersebut di dalam group telegram tersebut. Akan tetapi tiada siapa menegur ia membenarkan pengasas produk tersebut berkata demikian. Naim harap Allah beri hidayah kepada beliau agar kembali jalan yang benar. Kerana daging ulama beracun.  Jika tidak bersetuju dengan ulama sekali pun. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata kurang ajar kepada alim ulama kerana ia pewaris kepada Nabi. 

Insha Allah, jika beliau terus menghina ulama  walaupun seinci , Naim akan ke hadapan 1000 langkah. Untuk mempertahan ulama. Kerana hari ini , beliau boleh menghina ulama, tidak mustahil esok lusa kepala ibu bapa kita di pijak.

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Allahuakbar. Cabaran ulama dalam berdakwah. Betul, mereka tak sempurna tapi kalau nak menegur tak perlu sampai menghina

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS