Ustaz Kazim Elias- Orang Sekarang Berani Maki & Hina Pada Ulama dan Tok Guru


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger, Alhamduillah kita sudah berada di bulan kelahiran Rabiuawwal. Tambahan pula pada hari Jumaat yang pertama di bulan Rabiuawwal. Jom banyakkan berdoa dan berselawat kepada Nabi Muhammad.

Pada hari Jumaat yang mulia ini, Naim hendak share satu video kuliah Ustaz Kazim Elias berkenan di akhir zaman ini orang suka maki dan hina para ulama dan tok guru tanpa rasa bersalah lagi. Tak kira di mana mereka berada.



Jika kita tak setuju dengan pandangan dan buah fikiran ulama, lebih baik berdiam diri daripada mengulas degan hujah . Takut tergelincir dengan kata-kata kesat dan menghina. Ia akan mendatangkan bala dan murka dari Allah. Oleh itu berhati-hati di dalam berkata-kata. Musibah akan melanda diri jika kita tersilap kata pada ulama. Kerana daging ulama beracun, yang menghidu akan binasa diri.

Akhir zaman, ini kena bergaul dengan ulama agar hati dan jiwa sentiasa bersih daripada kata-kata nista dan keji. Tambahan pula di bulan Rabiuawwal ini kena sentiasa bersihkan diri daripada berkata-kata kurang ajar. 
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS