Pengalaman Mengundi PRU-15

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 26, 2022


 

Assalamualaikum semua, Pilihan Raya Umum Ke-15 sudah berlabuh tirai hampir seminggu yang lepas. Dan Perdana Menteri Ke-10 sudah di umum pada hari Khamis lepas iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.Pilihan Raya Umum kali sangat sengit kerana empat parti besar bertanding iaitu Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan Gerakan Tanah Air (GTA).


Pada minggu lepas, seawal 7-50 pagi sudah bertolak dari rumah ke Sekolah berhampiran rumah Naim , dalam 400 meter sahaja. Kerana awal pagi tersebut hujan mula turun rintik. Naim ambil keputusan lebih baik mengundi awal kerana takut pada tengah hari orang berpusu-pusu datang.Seperti biasa setiap orang di wajibkan memakai mask kerana mematuhi S.O.P.

Setelah masuk di kawasan sekolah kena beratur di dewan untuk memeriksa kad pengenalan dan saluran untuk mengundi.Ia mengambil masa hampir 10 minit juga kerana  orang ramai mula datang awal untuk mengelakkan hujan turun lebat. Kerana ramalan kaji cuaca mengatakan pada hari Sabtu 19 November 2022 akan berlaku hujan lebat.  Sepanjang beratur  rasa lama kerana dari pihak SPR akan lambat mengawal keadaan cuaca kelam kabut kerana ada masalah yang timbul. Kerana ada yang dapat no saluran kena 'di check' sekali lagi di kaunter sebelah. 

Asbab bantahan orang kerana kesian kepada warga emas, ketua SPR di sekolah tersebut berkata, jika dapat no saluran boleh terus mengundi mengikut saluran masing-masing.Dan ketika itu, Naim mendapat saluran ke-4. Memang pagi  di saluran 4 tiada orang , seperti biasa kena beratur dahulu. 

Kemudian Naim di panggil masuk ke dalam kelas saluran 4. Kerani SPR meminta IC dan memeriksa  tangan dan di minta menanggalkan mask untuk check sama tak wajah dengan IC. Dan seterusnya ke kerani sebelah untuk celup dakwat pada jari telunjuk tangan diri dan akhir sekali kerani sebelah memberi kertas undi kepad Naim. Siapa yang membawa phone di minta letak di dalam kotak yang mereka sediakan .

Seterusnya Naim pergi ke meja untuk memangkah calon pilihan Naim. Tangan kanan memegang pen , sebelah lagi memegang kertas undi. Dengan kalimah bismillah Naim memangkah calon pilihan Naim. Calon tersebut ada di petak pertama di dalam kertas undi tersebut. Kemudian Naim lipat kertas undi dan masukkan di dalam kotak kertas undi .Dan Naim keluar dari tempat mengundi. Masya Allah sungguh berdebar tatkala memilih pemimpin ini.



Ini calon Perikatan Nasional yang menjadi pilihan Naim pagi tadi. Alhamduillah Perikatan Nasional berjaya merampas Kubang Pasu dari penyandang pada PRU ke-14 yang lalu.  Inilah secebis kenangan yang berlaku pada hari mengundi pada sabtu yang lepas. Alhamduillah Perikatan Nasioanal menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen kelak.  Ada beberapa cerita bakal Naim nukilkan nanti. Cebisan cerita sebagai geng pacak bendera. Nantikan nukilkan di dalam blog ini. Insha Allah.

SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Saya pengundi atas pagar. Saya membuat penilaian tertentu untuk memilih calon setelah meneliti kesemua calon yang bertanding di kawasan saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga pemimpin pilihan bro, dapat menjalankan amanah yang telah di beri.. :)

      Padam
  2. Semoga Malaysia terus maju dan rakyat terus diutamakan.

    BalasPadam
  3. abe kie pula kebasahan semasa pi pusat mengundi. naik motor kerana d umah masih panas. apa? di pertengahan jln tetiba hujan lebat. sabor je la. ingat nk elak jem...tp lencun plak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu. Pengorbanan sebagai rakyat Malaysia. :). Terbaik Abam Kie.

      Padam
  4. selamat menjalan tugas semuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Semoga mereka menjalankan amanah yang telah di beri

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS