Disember 2022 Penutup Tirai Tahun 2022

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 07, 2022

kredit  https://wallpaperaccess.com/

 

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua sahabat-sahabat blogger. Sedar tak sedar, Disember menjelang jua dan ia menandakan tahun 2022 bakal berlalu tak lama lagi.Dan tahun 2022 mencatatkan beberapa sejarah yang menarik untuk kita semua kenangkan.


Ini entri pertama Naim dalam bulan Disember ini. Kerana akhir bulan November yang lalu, Naim sibuk dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15. Ada beberapa cerita bulan lalu tak sempat di publish. Naim akan publish dalam masa terdekat dan bukan pada tahun hadapan.Apa Naim lihat, kuasa pada blogger makin lama ia tenggelam persaingan daripada aplikasi Tiktok.

Dunia penulisan  ini, bukan ramai yang minat dan rajin. Sebab itu, kadar orang minat kepada penulisan dan buku makin lama makin menurun. Mereka lebih gemar kepada video yang penuh editing dan ia senang di sebarkan kepada umum. Itu pandangan peribadi Naim sendiri.

Sahabat-sahabat semua, di penghujung tahun 2022, apakah yang selalu bermain-main di dalam fikiran sahabat-sahabat semua? Adakah semua cita-cita atau azam tahun 2022 sudah tertunai atau carry foward pada tahun hadapan sahaja. Sebagai hamba Allah, kita mampu untuk merancang sahaja, tetapi Perancangan dari Allah adalah paling terbaik di dalam kehidupan harian kita.

Sebut sahaja perasaan Stress dan down, pada 2 lepas Naim rasa down sangat akibat sesetengah manusia dalam circle kehidupan Naim.Kekadang gejala negatif ini akan membunuh aura-aura positif di dalam tubuh badan kita.  Ia menjadi  virus yang membunuh  tanpa sedar. Akhir sekali kita mengalami stress dan down sekali. Alhamduillah, berkat kesabaran dan secebis ilmu daripada ustaz-ustaz. Selawat setiap hari dapat membasmi ketegangan dan ketekanan yang ada tubuh badan ini di keluarkan secara beransur-ansur.

Cukuplah Allah sebagai pembela kita. Yang Pasti yang Haq akan tertegang di muka bumi ini.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Selamat datang 2023
    Semoga sinarnya lebih cerah

    BalasPadam
  2. sejujurnya ammi jarang pasang azam disetiap awal tahun. Ammi just follow the flow je

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS