Override Mode Cinco dan Kim Dalam Ejen Ali Musim 3

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 24, 2023


 

Assalamualaikum semua dalam Episode 12 baru-baru ini iaitu MISI Sengat kemunculan Cinco di dalam Arena Mata. Yang lebih menarik beliau kini lebih bersemangat untuk menentang Ejen-Ejen MATA Dan ingin menguasai Main Frame.

Yang membuat Naim terkejut apabila scene perlawanan antara Cinco dengan Ketua Teras manakala Kim berlawan dengan Alicia dan Ali . Secara tiba-tiba kedua-dua mereka ini iaitu Cinco dan Kim menjadi kuat dan mata mereka berubah seperti gambar di atas iaitu Override Mode.

Jika kita mengikuti siri Ejen Ali bermula Musim 1 dan Musim 2 kita sudah mengetahui untuk mengaktifkan Override Mode perlu adanya IRIS dipakai oleh pengguna. Sebelum ini Ali secara tersengaja menjadi pemakai IRIS dan pabila overiride mode aktif ia mengawalkan  tubuh badan pengguna tersebut. Di dalam Ejen Ali The Movie telah menjelaskan kenapa ini berlaku. Jika sahabat-sahabat belum tengok lagi, boleh pergi  menonton filem Ejen Ali The Movie.

Berbalik kepada Override Mode versi Cinco dan Kim, Naim berteori  Cinco dapat pecahkan kode dalam IRIS seperti mana ia berlaku pada Ejen Ali Musim 2 Episode 12. Dan kini Cinco dan Kim dapat Override Mode tanpa meggunakan IRIS dan ia seperti Mata Mengekyo Sharingan dari puak Uchiha dalam siri anime Naruto.

Meremang juga pabila melihat scene mereka berlawan. Cinco dan Kim menjadi pantas berlawan kerana dapat analisa pergerakan lawan kerana Override Mode ini. Dan ia menjadi lebih mencabar bagaimana ejen-ejen MATA untuk menghalang Cinco akses kepada Main Frame . Dan animasi Malaysia makin ke hadapan dan setanding animasi luar negara seperti Amerika Syarikat dan tak kurang setanding dengan negara Jepun.

Naim harap lepas ini, ada spin off episode menerangkan bagaimana Cinco dapat override Mode hanya mengguna mata sahaja dan tanpa mengunakan IRIS sendiri . Ia lebih menarik bukan.  Jom sokong animasi Malaysia, jika bukan kita siapakah lagi kan.
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS