Monolog Sebagai Seorang Blogger Part 2

in , by Muhammad Naim Abdullah, Februari 08, 2023
 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua rakan-rakan blogger. Kali ini Part 2 dalam entri yang berjudul Monolog Sebagai Seorang Blogger. Ia ketengahkan isu-isu semasa yang di gabung dalam satu entri ini. Semoga bermanfaat kepada sahabat-sahabat semua.

Sebut sahaja Vape ia menjadi trending sekarang sejak covid-19 melanda negara Malaysia. Vape mendapat tempat di kalangan remaja yang ada di Malaysia. Dengan bentuk mudah dan senang di bawa ini menjadi kegilaaan di kalangan remaja-remaja di Malaysia sekarang. 

Bukan itu sahaja hendak naim berkata ,  penglibatan wanita dengan vape ini sangat mengharukan suasana  sekarang. Di dada akbar tempatan turut memberi gambaran yang jelas kemudharatan vape ini memberi kesan yang sangat negatif. Wanita tidak segan silu menghisap vape di tempat-tempat awam dengan keluar asap vape. Ia memberi impak kepada masyarakat khususnya remaja-remaja yang sedang meningkat dewasa.

Memetik berita dari laman website https://tvstv.my/ . Penggunaan vape remaja  berusia 14 tahun hingga 22 tahun meningkat dua kali ganda pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Tak kira lagi untuk tahun baru 2023 lagi. Bagaimana ia menjadi wabak yang sangat bahaya. Hatta di media sosial ramai yang promosi penjualan vape ini tanpa rasa bersalah lagi.

Naim harap ini ada kesedaran di wanita-wanita di luar sana tidak menghisap vape atau tidak lagi membeli vape lagi. Miliki vape tidak mengambarkan anda matang tetapi menampakkan anda tidak bermoral. Akhlak dan budi bicara terhadap kamu anda lusuh dengan pandangan tidak baik. Oleh itu berlepas diri daripada vape. Belanja duit ke arah kebaikan dan dapat menjimat memberi flavour yang mahal .


Rujukan :-

1) Penggunaan vape dalam kalangan wanita muda meningkat
     - https://tvstv.my/2022/07/07/penggunaan-vape-dalam-kalangan-wanita-muda-meningkat/


2) Didakwa acah-acah hebat jika kaum hawa hisap vape sampaikan tercetus perang gender di Twitter... ramai pula yang back up! - “Aku tak guna duit kau”
     -  https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/06/13/didakwa-acah-acah-hebat-jika-kaum-hawa-hisap-vape-sampaikan-tercetus-perang-gender-di-twitter-ramai-pula-yang-back-up---aku-tak-guna-duit-kau

3) Sokong pelaksanaan polisi GEG
    - https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/sokong-pelaksanaan-polisi-geg/
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Hisap vape tu bukan apa, konon nak tunjuk dia tu ada style dan moden je.

    BalasPadam
  2. entahla..diorang masih igt hisap vape dengan rokok bnda biasa kot. sedangkan boleh memudaratkan org lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, depa bukan ingat masalah akan mendatang dan mudharat kesihatan juga

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS