perjuangan di bumi berdarah
by Muhammad Naim Abdullah, Januari 03, 2009
Perjuangan menuntut darah di tanah gersang ini
Tanah yang dulunya suci kini berubah menjadi tanah kotor
Tempat berkumpulnya rasa benci
Pihak manakah yang akan kau bantu wahai musafir?
Pihak yang menumpahkan darah atau pihak yang bermandikan darah untuk membela sebidang tanah?
Teruskan perjalananmu wahai musafir Di sini bukan tempat untuk berpesta
Bukan juga tempat untuk bersuka-riaInilah tempat di mana..
Semua Mujahidin berhimpunBerdiri atas kaki sendiri mengekang musuh-musuh mereka Menyekat dengan semua kudrat dan kekuatan
Berbekalkan keimanan dan ketaqwaan
Bersama-samalah dengan kami andai kamu mahu berjuang
Namun tinggalkan kami sekiranya kamu enggan
Kami akan menunggu kedatangan bantuan dari ALLAH
Kami yakin ianya akan tibaApabila tiba masanya
takbir!!!!!!!!!!!!!!!!
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: