kot…jangan sedih ya…ermm..sahabatku, kau perasan atau tak beberapa hari yang lalu…kau tak nampak aku
kot…semasa waktu pulang dari sekolah…sewaktu aku ingin turun tangga…aku nampak kau dekat koridor..aku nak tegur kau…tapi aku malu dan takut..nanti kau cakap aku ni terhegeh-hegeh ambil tahu semua pasal kau….semasa tu aku dah nak turun tangga tingkat empat…tapi apabila terfikirkan kau, aku naik semula tangga ke tingkat empat..aku melihat kau masih di koridor tu…
tapi kau sedang berbual rancak dengan teman-temanmu yang lain…aku malu jugak nak mencelah…supaya kau tak nampak bahawa aku ni naik semula ke tingkat empat semata-mata nak jumpa kau, aku cepat-cepat berlakon bahawa aku nak masuk semula ke kelas sebab nak ambil buku yang tertinggal…terasa malu pulak..
hmmm…tapi aku tak kisah semua tu…dan apa yang penting apa yang bakal aku beritahu ni…dah lama aku pendam…dan lama aku simpan perasaan ni…aku tak nak jadikannya sebagai pusaka lah…apa-apa pun, aku nak luahkan jugak..aku tak kisah, asalkan jika aku pergi…apa yang terbuku di hati sudah pun aku luahkan…
Sahabatku, Aku sangat menyayangimu…aku sangat merinduimu di kala aku kesunyian…tetapi
aku tahu siapa aku…tidak layak bagiku untuk berkata begini…tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku…terukir namamu indah dalam hatiku..sebagai sahabat sejatiku…setiap kali kau bersuara, setiaku mendengar agar tenang dan senang kau merasa..
setiap kali kau sakit,kecewa,risau dan takut…aku cuba untuk mendampingimu agar kau tahu bahawa aku jujur dalam persahabatan ini…Tetapi di matamu, aku hanyalah orang awam sahaja dalam hidupmu…aku bagaikan melukut di tepi gantang…aku ada..aku tiada..semuanya sama bagimu…Aku tidak kisah semua itu sahabatku…kerana aku masih bersabar..
aku berdoa agar pintu hatimu terbuka untuk menerimaku…aku akan bersabar hingga ke akhir hayatku…akhir kalam,kutegaskan sekali lagi perasaanku ini…aku menyayangimu..aku merinduimu.ku mohon dan berdoa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat..aku terpaksa pergi dulu..ibuku sedang memanggilku…aku terpaksa pergi ke hospital sekarang juga…aku pergi dulu sabahatku tersayang…sekian sahaja, wassalam…
Daripada, Sabahatmu… "
Apakah perasaan anda sesudah sahaja membaca warkah ini. Tiada perasaan?? Merasakan bahawa semua itu hanyalah fenomena biasa,yang hidup akan pergi jua. Atau pun menyesal dengan sikap anda terhadapnya selama ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Apa yang mampu anda lakukan kini adalah mensedekahkan bacaan kalamullah kepadanya. Oleh itu, hargailah sahabat yang hadir dalam hidup anda.
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: