Nik Aziz arah setiausaha politik letak jawatan?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 04, 2010
SHAH ALAM - Peletakan jawatan Anual Bakri Haroon sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan menimbulkan tanda-tanya apabila ada laman web yang mendakwa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkannya berundur.

Difahamkan, Anual Bakri yang memegang jawatan berkenaan sejak 11 tahun lalu kononnya diarahkan menulis surat peletakan jawatan oleh Nik Aziz pada 27 Disember 2009 dengan memberi notis sebulan.

Blogger Syed Azidi Syed Abdul Azizi berkata, surat berkenaan diserahkan kepada Nik Aziz, yang mengarahkan Anual Bakri membuat surat baru dan mengarahkan tarikh kuat kuasa peletakan jawatan dibuat serta merta.

"Anual Bakri akur dengan arahan itu dan mengundurkan diri seperti yang dikehendaki Menteri Besar.

"Dalam masa sama, beliau pernah dihubungi Setiausaha Sulit Menteri Besar dan meminta Anual Bakri h:adir ke pejabat atas arahan Menteri Besar bagi menjalankan tugas rasmi seolah-olah beliau masih lagi Setiausaha Politik. Bagaimanapun beliau menolak arahan tersebut dengan cara terhormat kerana tidak lagi menjawat jawatan berkenaan," katanya dipetik blognya http://kickdefella.wordpress.com semalam.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz berkata Annual Bakri meletakkan jawatan disebabkan masalah kesihatan anaknya, manakala Setiausaha Akhbarnya, Mohd Shaiba Yaacob tidak disambung kontrak.

Kekosongan kedua-dua jawatan tersebut secara mendadak mencetuskan polemik baru di negeri berkenaan kerana sebelum itu pelbagai isu sedang diperkatakan, termasuk kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang menantu Nik Aziz, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman, menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, serta isu tajaan mengerjakan haji untuk Nik Aziz.

Banyak pihak, termasuk laman-laman blog, melihat peletakan jawatan Anual Bakri ada kaitan dengan isu menantu Nik Aziz serta hubungannya dengan Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Kelantan.

Anual Bakri pernah mengeluarkan kenyataan agar semua pihak jangan terpengaruh dengan persepsi dan melihat kepada fakta sebenar.

Menurutnya, buat masa sekarang beliau hanya memberikan tumpuan kepada anaknya dan tidak menolak kemungkinan menulis buku mengenai pengalamannya.


http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6324196.asp
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS