satu hari satu hadis

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 25, 2010
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu barang yang cacat dengan tidak menerangkan kecacatan itu kepada pembelinya, ia sentiasa dalam kemurkaan Allah, dan Malaikat pula sentiasa melaknatnya.


 Huraian
Pengajaran hadith:
i) Berniaga adalah antara punca rezeki yang dihalalkan oleh Allah.
Ii) Sebarang jual beli yang dilakukan mestilah dibuat dengan jujur daripada kedua belah pihak di mana sesiapa yang menjual barang yang cacat dan dia pula sengaja menyembunyikannya daripada pembeli maka sepanjang masa ia akan berada di dalam kemurkaan Allah dan juga malaikat-Nya.
iii) Balasan ini adalah wajar kerana ia telah melanggar prinsip keadilan yang menghalang pembeli daripada mendapat faedah bersama.
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS