Pedulikah Kita

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 21, 2010

Semasa kita di dalam mimpi
Mereka sedang bertempur
Demi membebaskan Negara
Daripada ancaman musuh laknatullah

Semasa kita sedang enak menjamu selera
Mereka masih mengikat perut
Untuk beberapa hari
Atau sebaliknya

Semasa kita bersuka-ria
Mereka di dalam duka
Tangisi permergian anak
Mahupun suami tercinta

Ketika matahari melabuh tirai
Kita masih berada keadaan aman
Sedangkan mereka di dalam ketakutan
Di dalam meneruskan hidup

Oh betapa hina dan rendah
Kita dengan mereka!

Anak muda kita mati
Kerna duniawi
Anak muda di sana mati
Kerna tanah Air.

Ayuh generasi muda
Berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah
Bangunlah teruskan perjuangan kita
Semoga tertegak Kalimah Allah
Allah ukbar!!!
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS