Banjir di TTBC

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 07, 2010
Pada 2 November 2010 kampung  titi besi telah dilanda bencana alam atau bala daripada Allah s.w.t untuk menguji setiap orang yang beriman. Pada pukul 5.45 pagi abah telah mengejutkan diriku untuk menolong beliau untuk mengangkat barang sebelum ayaq(air) tidak masuk rumah lagi.Sudah lima tahun banjir tidak melanda kedah darul aman,pada 2005 yang lalu telah melanda negeri kedah namun kali ini pada  tahun 2010 lebih teruk daripada tahun sebelum ini. Hujan yang turun sejak hari ahad sehingga pukul 3 pagi(selasa) memyebabkan air sungai melimpa. Berbalik pada cerita tadi, naim menolong abah mengubah  barang-barang yang berharga di tempat yang selamat. Selepas solat subuh .kami sambung punggah barang didapur dan bawah naik ke atas rumah(rumah 2 tingkat, rumah kg).waktu tu, ayaq dah masuk melalui bilik ayaq(tandas).Sekitar pukul
 7-15 abah ajak pi kedai beli beras untuk bekalan sementara, di dalam perjalanan ke kepala batas, ayaq mula naik. Kalau tengok di dalam longkang penuh ayaq melimpah sehingga jalan tar.

Setiba di Kepala Batas, orang ramai sudah berada di sana untuk meletak kenderaan di tempat selamat., Kampung kepala batas sudah naik air lebih cepat daripada kampung ttbc.Pada pukul 9 lebih ayaq mula naik paras lutut.pada waktu 2 naim menolong abah di dapur cari benda yang tidak angkut .pada tengah hari di titi besi macam berpesta apabila orang ramai dok main ayaq bah, bukan senang nak main lima tahun sekali.  ,hehe
Pada waktu masa ada penduduk titi besi mula berpindah ke tempat pemindahan  sementara kerana ayaq  makin naik.


Pada pagi   3/11/2010 ayaq sudah naik paras paha ,naim bersama-sama abah pi kepala batas cari bekalan makanan untuk hari itu dan esok(khamis) , *merangduk(meredah) ayaq banjir yang sangat kuat di jalan . Allah ukbar. Hanya tuhan sahaja yang tahu.. sampai di kepala batas, orang ramai mencari bekalan makanan… Pada pukul  3. petang ayaq di rumah naim sudah paras pinggang.  Menurut berita banjir di kedah paling buruk setakat ini. Sesungguhnya allah ingin menguji kami di sini. Naim  xdan(sempat naik rehat), sentiasa ada kerja.naim bersama beberapa oranng dok pindah moto dok letak di dekat rumah di tepi surau, yang x berpa naik.. tetapi seronok bila bawak moto dalam ayaq bah lepas 2 moto mati dok kalut nak melawan arus~ tertawa kecik ,hehe
Begitu  lah coretan 2 hari  apa yang naim lalui pada semasa banjir berlaku. Kejadian ini ada hikmah di sebaliknya~ sesungguhnya Allah ingin mengajarkan kita kerana kita sudah lalai mengingatinya sehingga maksiat macam pakaian kita mesti diguna pakai setiap. Sekali Allah hantar air yang banyak kepada kita. Inilah peringatan daripada Allah kepada kita,namun masih segelintir daripada kita tidak mahu menginsafi  kejadian ini

Pada pagi hari khamis bersamaan 4/11/2010 . air masih di paras pinggang, bersarapan roti kering secangkir air kopi sebagai tenaga nak merangduk ayaq nak pi kepala batas,Pada pukul 10 pagi naim bersama ayahanda tercinta berjalan daripada titi besi menuju kepala batas nak cari bekalan makanan.semasa di perjalanan naim merenung sawah pagi macam lautan yang luas. Di dalam benak hati. Betapa berkuasa Allah menggelam sawah padi ini.
Banyak keluarga di titi besi tidak berpindah kerana setiap  rumah atas(2 tingkat).Ada seperkara lagi. Laungan azan masih bergema walaupun sekelilingi kami air sahaja, Alhamduillah inilah tarbiyyah daripada ibubapa dan para ulamak yang tinggal di sini.

SHARE 2 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS