Harga Naik Lagi

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 05, 2010
Sumber Malaysiakini

"Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.
"


lihat sahaja kenaikan harga mentah tak memikirkan hak rakyat di bawah tanggung Perdana Menteri , Hanya memikirkan keuntungan masa depan dah mempedulikan kehidupan masyarakat yang kian terdesak dengan kehidupan yang serba kekuranagan.Tambahan pula , di negeri yang ditimpa musibah baru-baru ini? Apa nak jadi. Sabar makin hilang, Tunggu pembalasan di kertas undi.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. semua naik.. gaji x naik2 :(.. gaji maintain, kos sara hidup semakin tinggi.. bagi yg kerje kerajaan untungla..bagi kami yg keje swasta jadi mangsa.. dan bagaimana pula yang bekerja sendiri.. kenapa pemimpin x fikirkan? kenapa mereka anggap kita bodoh? kenapa bandingkan dgn negara jiran yang bukan pengeluar? rs mcm x logik lak.. sakit hati sebenarnye ni.. tetibe lak meledak kat sini.. sob3x..

    BalasPadam
  2. Orang kaya terus kaya, miskin terus miskin.

    Terima Kasih Kerajaan Malaysia.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS