Pemudattbc kembali!

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 25, 2010
Alhamduillah setelah berehat selama beberapa hari untuk mencari idea dan cara memantapkan blog ini sebagai medium dakwah dan penyebaran siri kuliah ustaz kazim elias al-hafiz.
Insya Allah . akan membawa satu perubahan ( tak semua kot) hehe.teruskan bersama-sama pemudattbc .


daripada membazirkan kotak post ini. nak tulis ape yang berlaku selama berdiam diri ini.Naim lihat bangsa melayu berugama Islam lebih suka hantar anak-anak mereka ke rancangan realiti dan fantasi semata-mata mendapat pendapatan yang lebih lumayan dan selesa. kita lihat sahaja Tv kerajaan hingga tv berbayar selalu menganjurkan rancangan seperti itu untuk menaikan rank tv itu semata-mata.Sehingga ada rancangan itu sampai musim ke 8. Masya Allah muda-mudi Islam sudah ditengelami oleh gerakan kemusnahan alam agaknya. Dimana pemimpin akan datang untuk memimpin negera Malaysia khususnya.

Ini bukan isu lapuk untuk dibahaskan daripada menkaji benda tidak mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan masyarakat amnya.Cabaran dakwah sekarang lebih mencabar kerana para pendakwah sering dianaktirikan oleh kerajaan(maaf nak cakap) lihat sahaja rancangan agama hanya ada malam jumaat(forum agama hal ehwal Islam),petang jumaat(al-kuliyyah)
dan selebihkan rancangan hiburan . Allahu akbar, tidak tahu apa nak dikatakan lagi. Sedih sahaja dapat diucapkan di dalam hati ini.

Manakala di dalam politik pula, Bangsa Melayu yang paling juara ,mengapa naim cakap macam itu lihat sahaja perpecahanan ummah sudah berlaku lebih 50 tahun rasanya, Antara Pas dan UMNO dan seangkatannya. Asal masuk tv pasti politik2 sahaja, Tambahan pula ada penambah perisa oleh media massa dan elektronik. Kita lihat bangsa lain ,mereka berkelahi di dalam politik namun mereka bersatu padu di dalam perkara lain contohnya di dalam agama dan bangsa mereka. lihat sahaja, mereka berkawan denagan kita mesti ada udang di sebalik mee sahaja, ada perkara yang mereka ingin  rampas dan ambil daripada kita semua. Bangsa melayu bukan sahaja politik sudah berpecah malah dalam agama Islam turun berpecah.

Kita sudah berada Tahun Hijrah 1432, maka kita berhijrah bersatu padu di untuk menjanakan ummah sejagat!. Allahu akbar!
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS