Aku Dengan Dunia Forum

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 10, 2011
Entry kali ini lebih kepada diri Naim sendiri berkisar dunia forum di alam maya berlain berforum di alam nyata.Kalau di alam nyata boleh bersembang sambil minum air kopi dan roti canai,manakala di alam maya kita akan bertukar pendapat hinggalah akan berlaku salah faham di antara satu sama lain.Kenapa kita berforum di alam maya sama ada untuk mencari sesuatu maklumat atau saja-saja suka sertai forum itu.Niat memainkan peranan utama kenapa dan sebab apa kita sertai forum di alam maya ini.

Naim mula berforum pada tahun 2008 , pada zaman itu masih di dalam persekolahan menengah kalau tak silap baru tingkatan berapa tah, sudah lupa  hehe. Semasa dok google satu gambar islamik. Naim terjumpa laman web yang sangat menarik pada waktu itu.Pada masa itu dok perhati dulu , selang beberapa hari. terus tekan register -> sign in. bermulanya dunia forum maya bagi seorang remaja(*Malu).Suasana forum lebih islamik kerana forum itu islamik latar belakang kaler pink pada waktu. Tak tahu nak cakap, pada masa yang sama cara pertuturan mereka lebih kemas dengan adab sopan bergaul di dalam forum. Biasalah kalo berselisih pendapat,itu hak masing-masing.Lepas itu,Naim mula jatuh hati pada forum itu di masa sama boleh membaca artikel islamik lepas itu join forum di bawahnya bermula perkara kecil hingga perkara besar boleh dibincangkan berlandas syarat-syarat tertentu.

Pada waktu, laman web itu masih underground lagi ,blog ini masih tidak dilahirkan lagi.Nak tulis pada space kosong di dalam forum masih merangkak macam budak kecil belajar merangkak. Kalau di kenang balik macam nak tergelak pun ada. Di situ ada moderator dok jaga untuk menjaga kehormonian forum itu.Di samping itu Naim terus menjadi member forum islamik yang lain untuk merasakkan suasana berbeza akan tetapi Naim masih sayang pada satu forum islamik ini walaupun tidak kenal sesiapa pun pada masa itu namun di dalam ada bermacam nasihat berguna.

[Forward]
Pabila masuk pertengahan tahun 2009, laman web itu semakin dikenali ramai disebabkan pelbagai lapisan manusia telah masuk. Diwaktu masa,Naim dinaik taraf sebagai member senior aka otai muda. hehe.abaikan sahaja status itu.Cara penulisan masih di bawa berjalan dan masih bertaksub hanya pendapat naim sahaja betul dan pendapat yang lain adalah salah ,Naim juga fanatik pada salah satu parti politik iaitu [rahsia, check label politik dalam blog ini, kalian tahu pihak mana naim sokong hingga kini]. Sikap fanatik kian luntur pabila bergaul mereka yang berlain idealogi dan buah fikiran maka terjalin hubungan persuadaraan yang sangat akrab sehingga perkataan 'awak','enta' dan sebagainya menjadi 'abang senior' dan brotai.Indahnya pada masa itu. Boleh bertanya khabar macam sudah kenal lama dan duduk satu kampung, mereka datang daripada lapangan kerjaya dan pelajar ipta.

Namun kemesraan itu telah makin hilang pabila bertukar kepada rumah baru dan laman web itu sudah terkenal di dalam dunia sekarang dan kepesatan teknologi maklumat pada  masa sekarang.Malah kewujudan facebook ini turut memberi kesan pada laman web yang Naim sayang itu.User lama telah hilang mood untuk berforum melihat suasana forum lenggang sahaja ,daya tarikan untuk forum hilang kerana warna forum itu berbeza warna asal rumah lama.Kewujudan member baru di dalam laman web  itu tidak memberi kesan sampingan pun.Malah kata-kata kesat telah timbul di dalam laman web itu.

Kerana mengejar populariti orang ramai, keadaan forum makin hilang serinya. Akhirnya topik-topik picisan telah dibuka untuk meraihkan sokongan member lama. Illmunati dan freemason terus bersarang di rumah baru. hubungan moderator dan member makin tidak ada ummphh.Mereka terus mengamalkan sikap assobiyah yang melampau.Naim mahu suasana pada zaman dahulu akan kembali bertakhta di hati member lama laman web itu.

[Entry mengeluh daripada ku, sapa2 terasa padan muka]

sekian sahaja bebelan Naim. Assalamualaikum wbt. Insya Allah next time entry lebih baik.Ini bukan mengumpat atau memaki. Tetapi untuk memberi kata kata rangsangan.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. tuan blog ni umor bpe ae..ehhehehhe

    BalasPadam
  2. Dipanggil otai bukan bermakna kita tahu semuanya.

    Tak gitu bro? =D

    BalasPadam
  3. aku pun lama dah tak berforum naim..

    BalasPadam
  4. Bismillah..

    Kisah perjalanan hidup Naim dlm berforum.. Hehe=D Tapi,akak setuju yg last tu.. Tak perlu wujudkan sistem reputasi sebenarnya, nanti semua yg berforum tak ikhlas dlm memberi pandangan masing2.. Harap2 niat mereka tak terpesonglah.. Ada sorang Mod nie agak terkilan bila dia tahu yg reputasi dia kurang sedikit berbanding sblm nie.. Dari sini kita dpt lihat salah satu reaksi -ve bila sistem reputasi ada.. Akak harap kita semua jaga niat bila berforum ye, insyaAllah=)

    BalasPadam
  5. @-Wan Siti Aisyah-

    akak.. tolong~ tegur pihak pengurusan ye...

    kesian kepada user lama macam saya dan seangkatannya~

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS